Sumber Gambar: FAM

Pasukan bawah 19 tahun negara bimbingan Bojan Hodak memulakan kempen Piala AFF Bawah 19 Tahun dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan Kemboja dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan kumpulan B sebentar tadi.

Skuad bawah 19 tahun negara nyata menguasai perlawanan dengan melancarkan segala asakan ke arah kubu pertahanan Kemboja. Hasilnya, pasukan negara berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan PKNS FC, Shivan Pillay Asokan pada minit ke-39. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Bersambung babak kedua, pemain muda negara tidak mengendurkan asakan dan terus memberikan tekanan ke barisan pertahanan Kemboja. Walaupun pemain Kemboja cuba untuk mengekang segala asakan, segala usaha mereka menjadi sia-sia apabila pemain sayap Kedah, Akhyar Rashid menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 sekaligus menutup peluang Kemboja untuk bangkit.

Tiga mata yang diraih dalam perlawanan pertama pasukan bawah 19 tahun negara ini sangat penting kerana ianya dapat mengangkat lagi moral dan juga tahap keyakinan para pemain.

Terutamanya pemain seperti Akhyar Rashid yang dicanang sebagai nadi utama dan juga pemain harapan pasukan disamping Nik Akif Syahiran dan juga Hadi Fayyadh. Selain mengangkat moral dan tahap keyakinan, kemenangan juga mencerahkan lagi peluang padukan muda negara untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Malaysia akan menentang pasukan Brunei Darussalam dalam perlawanan kedua kumpulan B pada 6 Julai ini di Stadium Gelora Joko Samudro. Jika dilihat di atas kertas, pasukan bimbingan Bojan Hodak dilihat tidak berdepan masalah untuk sekali lagi mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan pasukan Brunei.

Ini kerana Brunei dibelasah 5-0 ketika menentang pasukan Kemboja pada perlawanan pertama mereka. Jadi, pemain muda negara sepatutnya tidak berdepan sebarang masalah dan mampu untuk mencatat kemenangan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan bawah 19 tahun negara apabila menewaskan pasukan Kemboja sebentar tadi? Mampukah barisan pemain muda negara mengekalkan langkah kanan dalam peringkat kumpulan dan mengesahkan tempat dalam pusingan seterusnya? Kongsikan jawapan anda bersama kami.

Baca Juga: Peluang Pikat Hati Tan Cheng Hoe

Leave a Reply