Sumber Gambar: FA Selangor

Bagai sirih pulang ke gagag. Itulah peribahasa yang sesuai digunakan apabila pasukan Selangor kembali beraksi di Stadium Shah Alam setelah kerajaan negeri Selangor membenarkan juara 33 kali Piala Malaysia itu untuk menggunakan stadium tersebut sebagai “home” pada perlawanan Liga Malaysia akan datang.

Menteri besar Selangor, YB Amirudin Shari membuat keputusan tersebut sebagai tanda sokongan padu kerajaan negeri kepada presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah yang menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal dan telah memulakan tugas baginda pada Selasa.

Menurut YB Amirudin, penaltikan Raja Muda Selangor sebagai presiden FAS merupakan tindakan yang tepat kerana sudah tiba masanya persatuan bola sepak paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia itu diterajui oleh pemimpin yang berwibawa sekaligus menaikkan semula imej pasukan Selangor.

Selain itu, YB Amirudin juga menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberikan sokongan terhadap apa jua usaha dan juga langkah yang dilakukan oleh persatuan bagi kemajuan pasukan Selangor. Kerana itu beliau membenarkan Selangor kembali ke Shah Alam.

Juara Piala FA sebanyak 5 kali itu sebelum ini terpaksa beraksi di gelanggang lain berikutan kemelut yang dikatakan berlaku di antara pengurusan lama FAS dan kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selangor kemudiannya menjadikan Stadium KLFA di Cheras sebagai “home” mereka bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Selain membenarkan kembalinya Selangor ke Stadium Shah Alam, YB Amirudin juga memberi akses untuk Selangor menggunakan padang Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebagai pusat latihan bagi baki saingan musim ini.

Kembalinya Red Giants ke Stadium Shah Alam ini merupakan motivasi tambahan buat para pemain untuk beraksi dengan lebih baik apabila menentang pasukan Pahang dalam perlawanan akhir Piala FA 2018 Sabtu ini.

Apa pendapat anda mengenai kepulangan pasukan Selangor ke Stadium Shah Alam yang diibaratkan sebagai bagai sirih pulang ke gagang ini ? Mampukah kepulangan ini memberikan inspirasi kepada pasukan ?

Baca Juga: Kecergasan Willian Pacheco Cetus Tanda Tanya

Leave a Reply