Sumber Gambar: @PriscillaJanssens

Kecoh satu dunia apabila dikhabarkan pasukan Jepun selalu meninggalkan bilik persalinan dalam keadaan kemas setelah perlawanan. Akan tetapi, seorang editor Wall Street Journal Jepun, Alastair Gale menyatakan pasukan Jepun sebenarnya tidak mengemas bilik persalinan mereka.

Perkara tersebut juga disahkan oleh ketua pasukan Jepun, Makoto Hasebe ketika sidang media selepas paasukan Jepun tersingkir dari saingan Piala Dunia apabila tewas kepada Belgium. Tambah Hasebe lagi, pekerja pembersihan yang sebenarnya mengemas dan membersihkan bilik persalinan yang digunakan pasukan.

Pada masa yang sama, pasukan bawah 19 tahun negara bimbingan Bojan Hodak telah terinspirasi daripada berita mengenai pasukan Jepun yang mengemas bilik persalinan mereka dimana para pemain muda negara meninggalkan bilik persalinan dalam keadaan kemas setelah perlawanan menentang Kemboja semalam.

Perkara ini disahkan oleh pembantu Hodak, Hairuddin Omar menerusi laman media sosial beliau.

Nampaknya fenomena pasukan Jepun yang dikhabarkan mengemaskan bilik persalinan mereka selepas perlawanan tamat ini mula memberikan kesan yang positif kepada yang lain. Syabas diucapkan kepada pemain skuad bawah 19 tahun negara kerana menunjukkan sikap yang matang dan juga bertanggungjawab.

Apa yang penting, fenomena ini boleh dijadikan contoh oleh pasukan lain terutamanya pasukan bawah umur dan juga akar umbi untuk menerapkan sikap yang matang dan juga membina jati diri setiap pemain. Hal positif seperti ini sepatutnya menjadi ikutan semua pasukan.

Apa pendapat anda mengenai pemain skuad bawah 19 tahun yang mengemas sendiri bilik persalinan mereka selepas perlawanan menentang pasukan Kemboja semalam? Adakah perkara ini wajib untuk diteruskan pada perlawanan akan datang ?

Baca Juga: Diego Maradona Kritik Aksi Neymar

Leave a Reply