Sumber Gambar: Pahang FA

Pasukan Pahang mempunyai peluang cerah untuk menebus kekalahan di tangan pasukan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA tahun lalu apabila mereka aka menentang Selangor di pentas yang sama pada Sabtu ini.

Pada perlawanan akhir edisi lalu, Pahang tewas dengan keputusan 3-2 kepada Kedah. Walaupun memberikan cabaran sengit sehingga penghujung permainan, namun bermain dengan 10 pemain setelah Kiko Insa dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama menyukarkan usaha mereka untuk bangkit.

Menuju ke perlawanan Sabtu ini, Pahang berkemungkinan besar akan turun tanpa Patrick Cruz yang sedang dalam proses pulih daripada kecederaan. Akan tetapi, pemain penting yang lain seperti Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih dan Safuwan Baharuddin bersedia untuk diturunkan.

Jika dilihat dari segi pertemuan diantara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super musim ini, Pahang mempunyai kelebihan ke atas Selangor dengan satu kemenangan dan satu seri. Namun, pentas perlawanan akhir kali ini jauh berbeza berbanding saingan Liga.

Selain mahu menebus kekalahan pada edisi tahun lalu, Pahang mahu mencari kejuaraan ketiga Piala FA setelah kali terakhir berjaya meraih trofi tersebut pada edisi 2014 dimana mereka menewaskan pasukan Felda United dengan keputusan 2-1.

Jika berjaya meraih trofi Piala FA edisi kali ini, maka perkara tersebut akan menjadi pengubat duka di atas kegagalan mereka untuk mencabar Johor Darul Ta’zim bagi memperebutkan mahkota Liga Super musim ini. Pahang berada jauh dibelakang kerana kegagalan mereka untuk mengekalkan rentak konsisten musim ini.

Tetapi, walaupun Pahang berjaya menjadi juara Piala FA 2018, mereka tidak akan bermain di peringkat Asia kerana penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana mereka tidak dibenarkan beraksi di peringkat Asia selama dua tahun kerana enggan mengambil bahagian dalam Piala AFC musim ini walaupun layak.

Apa pendapat anda mengenai peluang Pahang untuk menebus kekecewaan pada perlawanan akhir tahun lalu pada perlawanan menentang Selangor pada Sabtu ini ? Mampukah mereka mengelak daripada kecewa buat kali kedua ?

Baca Juga: Bola Sepak Malaysia Makin Hambar ?

Leave a Reply