Sumber Gambar: FAM

Pasukan bawah 23 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee diletakkan dalam kumpulan E temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang di samping pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Kyrgyzstan dan juga pasukan Bahrain.

Tugas getir bakal menentang pasukan muda negara apabila menentang pasukan Korea Selatan. Pada Sukan Asia edisi 2014, pasukan negara kita juga diletakkan bersama Korea dalam kumpulan A ketika itu.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu tewas dengan keputusan 3-0 menerusi jaringan Rim Chang-woo, penyerang tinggi lampai Kim Shin-wook dan Kim Seung-dae. Malaysia kemudannya hanya mampu menamatkan saingan kumpulan A di tangga ketiga selepas mencatat satu kemenangan dan dua kekalahan.

Acara bola sepak Sukan Asia edisi kali ini akan disertai sebanyak 24 pasukan dan akan dibahagi kepada 6 kumpulan.

Juara & naib juara kumpulan (12 pasukan serta 4 pasukan terbaik tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kedua kalah mati & disusuli suku akhir, separuh akhir & akhir).

Jika kita nak lihat kepada peluang kita untuk mara ke peringkat seterusnya, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee perlu mencatatkan dua kemenangan bagi memastikan menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan.

Perlawanan menentang Kyrgyzstan dan juga Bahrain akan menjadi penentu sama ada kita boleh layak ke peringkat seterusnya. Ini kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai kualiti yang sama ataupun kurang daripada pasukan negara.

Jika kita menyasarkan tempat ketiga terbaik, ianya akan sedikit berisiko kerana kita perlu mencatat kemenangan, menjaringkan banyak gol serta melepaskan gol yang sedikit. Jadi lebih baik untuk menduduki tempat kedua kumpulan dimana kita akan layak secara automatik.

Di bawah ini ialah undian lengkap bagi sukan bola sepak Sukan Asia 2018.

Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 23 tahun negara untuk melepasi cabaran kumpulan E temasya Sukan Asia edisi kali ini ? Mampukah anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee sekali lagi mencipta kejutan.

Baca Juga: Sebenarnya Jepun Tak Kemas, Tapi Malaysia Kemas

Leave a Reply