Penyerang pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo, meninggalkan rekod positif walaupun telah tersingkir dari edisi Piala Dunia 2018. Beliau menjadi pemain tercepat dalam kejohanan tersebut. Ronaldo gagal membawa skuad Portugal mara ke peringkat suku akhir dalam Piala Dunia 2018.

Skuad asuhan Fernando Santos itu tewas 1-2 dari Uruguay pada peringkat pasukan 16 terbaik  di Fisht Stadium, Sochi, Sabtu lepas. Walaupun sudah angkat kaki, Ronaldo meninggalkan rekod yang memberangsangkan di Rusia. Beliau masih menjadi pemain terpantas sepanjang kejohanan Piala Dunia 2018.

Menurut data Mirror yang diambil dari BolaSport.com, Ronaldo mencatatkan top speed 34 kilometer per jam. Catatan tersebut disamai oleh pemain Croatia, Ante Rebic. Diikuti dengan dua pemain lain yang sudah angkat kaki dari Rusia. Pertama, Luis Anvincula dari Peru yang mencatatkan kecepatan 33,8 km per jam, kemudian pemain Colombia, Santiago Arias, yang tertinggal 0,2 km per jam dari Luis Anvincula.

Sementara itu, nama-nama terkenal seperti Lionel Messi (Argentina) dan Neymar (Brazil) tidak ada dalam daftar 20 pemain terpantas versi Mirror tersebut.

Senarai 20 pemain terpantas selama Piala Dunia 2018 :

1. Cristiano Ronaldo (Portugal),  Ante Rebic (Croatia) – 34km/jam.

3. Luis Advincula (Peru) – 33,8km/jam.

4. Santiago Arias (Colombia) – 33,6km/jam.

5. Kyle Walker, Jesse Lingard (England) – 33,5km/jam.

7. Maciej Rybus (Poland), Marquinhos (Brazil), Aleksandar Golovin (Rusia), Dani Carvajal (Sepanyol), Hirving Lozano (Mexico) & Heechan Hwang (Korea Selatan) – 33,3km/jam.

13. Robbie Kruse (Australia), Marcos Ulrena (Costa RiCa), Juan Cuadrado, Johan Mojica (Colombia), Matthew Leckie (Australia), Raheem Sterling, Marcus Rashford (England), Bartosz Bereszynski (Poland) – 33,1km/jam.

Sumber: Mirror, BolaSport.com

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10% (Klik Gambar Di Bawah Ini)

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

BACA JUGA: (Piala Dunia) Cristiano Ronaldo Memberi Isyarat Hendak Bersara?

Leave a Reply