Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima FC

Penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi terus diberi kepercayaan sebagai penggempur apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Nakhon Ratchasima FC ketika menewaskan pasukan Ratchaburi pada perlawanan Thai League 1 semalam.

Dalam perlawanan semalam, Shahrel digandingkan dengan seorang lagi pemain import pasukan, Leandro Assumpscao di bahagian serangan. Kedua-dua pemain ini dibantu oleh Nebojsa Marinkovic dan naib ketua pasukan, Methee Thaweekulkarn di bahagian tengah.

Nakhon berjaya mendahului menerusi jaringan sendiri Philip Roller. Namun, kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Ratchaburi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi jaringan Nerijus Valskis.

Selang seminit kemudian, Swat Cat berjaya mendahului sekali lagi hasil jaringan Leandro dan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Walaupun tidak berjaya menjaringkan gol pada perlawanan semalam, namun kelibat Eki berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan. Eki juga dikawal dengan ketat sehinggakan beliau tidak beejaya membuat percubaan ke arah pintu gol lawan.

Selain itu, Shahrel Fikri juga diketakkan di posisi yang sedikit berbeza berbanding posisi asal beliau. Shahrel diletakkan di posisi penyerang walhal beliau sebenarnya lebih selesa diletakkan di bahagian sayap kanan.

Walau apa pun, masih banyak lagi aspek yang perlu dioerbaiki oleh Shahrel jika beliau mahu mencatatkan jaringan pada perlawanan seterusnya. Jika beliau mampu untuk beradaptasi dengan baik, tidak mustahil Shahrel akan mula menjaringkan gol buat Nakhon Ratchasima.

Dengan memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan dalam dua perlawanan berturut-turut, perkara ini boleh melonjakkan tahap keyakinan dan juga kepercayaan dalam diri Shahrel Fikri. Berkemungkinan besar beliau akan terus diberi kepercayaan sebagai penggempur utama pasukan.

Apa pendapat anda mengenai penampilan kedua Shahrel Fikri bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC pada perlawanan menentang Ratchaburi FC semalam? Mampukah Eki mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan?

Baca Juga: Slot Ke Asia Masih Lagi Terbuka

Leave a Reply