Sumber Gambar: KLFA

Bekas pemain import pasukan Kelanta, Alaeddine Bouslimi menerima kejutan apabila rumah sewa yang diduduki beliau dikunci oleh pemilik rumah. Perkara ini menimbulkan satu pertanyaan di minda penulis. Adakah Bouslimi ini dianak tirikan oleh KAFA ?

Sebab utama mengapa pemilik rumah mengunci rumah yang diduduki oleh Bouslimi ialah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal untuk melunaskan sewa rumah tersebut. Alaeddine meluahkan kekecewaannya di media sosial Instgram milik beliau.

Menurut Alaeddine, pemilik rumah sepatutnya berurusan terus dengan pihak pengurusan pasukan dan bukan bertindak sedemikian.

Kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika KAFA adalah sebuah persatuan bola sepak yang profesional dan menjaga kebajikan pemain mereka. Takkanlah KAFA boleh terlepas pandang untuk membayar rumah sewa Alaeddine sehinggakan pemilik rumah mengunci rumah tersebut ?

Menjaga kebajikan pemain seperti menyediakan tempat tinggal dan juga pengangkutan merupakan perkara asas bagi sebuah pasukan bola sepak buat pemain import mereka. Jika sesebuah pasukan itu gagal untuk menyediakan kedua-dua perkara di atas, maka ada sesuatu yang tidak kena dalam pasukan tersebut.

Jangan kita sibuk nak meningkatkan mutu permainan dan menguatkan pasukan sampai kita lupa ada tanggungjawab lain yang memerlukan perhatian kita. Persatuan bola sepak yang profesional sepatutnya sedar akan perkara ini.

Apa yang penting, KAFA perlu menyelesaikan segala tunggakkan rumah yang diduduki Alaeddine Bouslimi bagi membolehkan pemain tersebut mengambil barang-barang peribadi beliau dan berpindah ke tempat lain. Jangan dibiarkan tergantung nasib beliau walaupun Bouslimi sudah tidak lagi bermain untuk pasukan Kelantan musim ini.

Dan satu lagi, penulis berharap insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Diharapkan semua pasukan menjaga kebajikan pemain masing-masing agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Apa pendapat anda mengenai kejadian yang menimpa Alaeddine Bouslimi dimana rumah sewa yang didiami oleh beliau dikunci oleh pemilik rumah ? Adakah KAFA menganak tirikan Alaeddine kerana beliau tidak lagi bermain buat pasukan Kelantan musim ini ?

Baca Juga: Slot Ke Asia Masih Lagi Terbuka

Leave a Reply