Sumber Gambar: AFP / Franck Fife

Angin perubahan dunia bola sepak telah mula bertiup sepoi-spoi bahasa lapan bulan lalu, ketika Sweden menggulingkan Itali dalam perlawanan kualifikasi Piala Dunia dan menghalang juara Piala Dunia empat kali itu untuk beraksi di Piala Dunia untuk kali pertama sejak 1958. Angin perubahan itu mula bertiup kencang di kancah Piala Dunia kini dan menyalakan api pemberontakan dunia bola sepak di kejohanan kali ini.

Brazil, Argentina dan Jerman, 3 negara diktator Piala Dunia yang memenangi 11 daripada 20 kejohanan sebelum ini, semuanya telah digulingkan dan dihumban keluar sebelum peringkat separuh akhir. Ini merupakan Piala Dunia pertama yang tidak melihat salah satu antara Brazil, Argentina, Jerman, dan Itali bertarung di peringkat separuh akhir.

Satu lagi petunjuk di mana angin perubahan sedang bertiup kencang adalah antara pasukan yang mengambil tempat 4 pasukan di atas adalah Belgium, yang tidak pernah memenangi gelaran tetapi kelihatan mampu berbuat demikian selepas mencapai peringkat separuh akhir untuk kali kedua. Pasukan Belgium yang penuh dengan pengalaman, pemain-pemain perantau, dengan bintang-bintang besar yang bermain untuk kelab-kelab besar, memberi hujah yang menarik bahawa pengalaman merupakan landasan untuk berjaya di peringkat terbesar bola sepak.

Hujah yang menarik itu dapat disangkal dengan layaknya pasukan Perancis dan Inggeris. 2 Pasukan termuda dalam peringkat separuh akhir, mereka telah membuktikan bahawa semangat dan kewibawaan pemain muda juga merupakan satu kekuatan yang hebat.

Mari kita lihat contoh pesiang gol terbaik kejohanan yang dijaringkan oleh pemain Perancis Benjamin Pavard ketika melawan Argentina. Sekiranya Pavard berusia 31 tahun dan bermain dalam Piala Dunia keempatnya seperti Lionel Messi, bukannya berumur 22 tahun dan bermain dalam Piala Dunia pertamanya, mungkin Pavard tidak akan berani mencuba percubaan jarak jauh itu. Golnya itu penuh dengan kesegaran dan semangat “boleh-buat” seorang pemain muda.

Sesuatu yang menarik juga adalah kesemua 4 pasukan yang berada di peringkat separuh akhir adalah pasukan dari benua Eropah. Situasi ini hanya pernah berlaku empat kali sahaja sebelum ini dalam sejarah Piala Dunia iaitu pada tahun 1934, 1966, 1982 and 2006. Ketiadaan benua-benua lain di separuh akhir kali ini di Rusia bukan satu anekdot. Ia mencerminkan bagaimana Eropah barat telah menjadi pusat kekayaan dan inovasi bola sepak dan bagaimana Amerika Selatan kini berada jauh di belakang.

Brazil, dengan tiga daripada lima gelaran pertama mereka yang muncul pada tahun 1958, 1962 dan 1970, beserta pemenang dua kali Argentina dan Uruguay bersama-sama merupakan pesaing kepada pasukan benua Eropah pada 13 Piala Dunia pertama dari 1930 hingga 1986. Ketiga-tiga negara benua Amerika Selatan bergabung untuk memenangi tujuh daripada 13 gelaran Piala Dunia berbanding jumlah gabungan Itali, Jerman dan England sebanyak enam gelaran.

Tetapi angin perubahan bermula dengan revolusi bola sepak Eropah, dengan pembentukan Liga Perdana Inggeris pada 1992, penjenamaan Piala Eropah sebagai Liga Juara-Juara yang menguntungkan, permulaan kemasukan wang mega baru dari televisyen, penaja dan pelabur, dan keputusan Bosman 1995 yang memberi kuasa kepada pemain dan membebaskan mereka untuk bermain di mana mereka mahu.

Sejak tahun 1990, lapan Piala Dunia termasuk kejohanan kali ini telah melihat hanya dua kemenangan pasukan Amerika Selatan, kedua-duanya oleh Brazil, dan yang terakhir pada tahun 2002. Para pemerhati merasakan apa yang tinggal dari zaman kegemilangan Brazil adalah sisa-sisa asap yang makin berkurangan. Selepas kekalahan 7-1 oleh Jerman pada separuh akhir 2014, Brazil tersingkir kali ini setelah kalah 2-1 di tangan Belgium pada peringkat suku akhir. Benua Eropah telah menjadi satu-satunya benua untuk memenangi tiga Piala Dunia berturut-turut, dan kali ini benua itu kini dijamin memperluaskannya kepada empat kejuaraan Piala Dunia berturut-turut pada 15 Julai ini di Moscow.

Piala Dunia kali ini juga menandakan permulaan penghujung era Messi dan Cristiano Ronaldo. Kedua-duanya berusia dalam lingkungan tiga puluhan dan dilihat tidak akan kembali ke Qatar pada tahun 2022. Dengan pemain Brazil yang bijak tetapi mengecewakan iaitu Neymar juga tersingkir sekarang, kejohanan kali ini juga menunjukkan bahawa pemain yang mampu mengubah permainan memerlukan satu pasukan yang berfungsi sepenuhnya di sekeliling mereka dan tidak mampu memikul harapan negara mereka bersendirian.

Dan ketika kita dalam subjek Neymar: Ini merupakan Piala Dunia di mana ia boleh membuat perpindahan dari No 3 dalam hierarki superstar sepakbola ke No. 1. Sebaliknya, pemain playmaker berusia 26 tahun itu mundur, menjadi bahan lawak kerana aksi teaternya di atas padang dan gaya rambut yang sering bertukar.

Namun dalam kekosongan dalam vakum yang ditinggalkan oleh Messi dan Ronaldo, muncul pula bintang baru. Kylian Mbappe, pemain berusia 19 tahun dari Perancis, disamakan dengan Pele yang hebat selepas dia memusnahkan Argentina, menjaringkan dua gol dan memenangi penalti dalam kemenangan 4-3 untuk Les Bleus.

Perancis vs Belgium menjadi perlawanan pilihan dari kedua-dua perlawanan separuh akhir, kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai kelajuan yang pantas, penuh dengan bakat, suka bermain secara terbuka, menyerang dan mempunyai pemain-pemain cemerlang seperti Mbappe untuk Perancis, Kevin de Bruyne untuk Belgium yang boleh membawa perbezaan semasa perlawanan mereka nanti.

Dengan hilangnya kuasa tradisi bola sepak di kejohanan kali ini, Piala Dunia ini mungkin menjadi peluang untuk pemain Belgium untuk merealisasikan tag ‘generasi emas’ yang mereka gembar-gemburkan itu.

Tetapi ada juga yang lebih banyak mengenai Perancis daripada kemahiran Mbappe dan perusahaan pemain mudanya yang lain seperti Pavard.

Pasukan Perancis juga mempunyai tulang belakang berpengalaman yang dari belakang ke depan, melalui penjaga gol Hugo Lloris, bek tengah Raphael Varane, pemain tengah Paul Pogba dan penyerang Antoine Griezmann. Semua veteran dari Piala Dunia yang terakhir di Brazil, dan dengan pengalaman yang mendalam dari gabungan 266 “caps” mereka untuk Les Bleus, mereka adalah “game-changer” pada kemenangan suku akhir 2-0 ke atas Uruguay yang melayakkan pemenang Piala Dunia 1998 itu ke separuh akhir pertama mereka sejak 2006.

Peringkat kumpulan menyaksikan perlawanan-perlawanan yang hebat. Peringkat kalah mati setakat ini penuh dengan drama. Kehebatab kejohanan Piala Dunia kali ini akan bertambah besar dengan angin perubahan bola sepak dunia sedang bertiup kencang di Rusia. Mungkin juga angin itu akan bertiup membawa piala pulang ke England? “Football is coming home” atau mungkin “England is going home” selepas peringkat separuh akhir ini. Marilah kita saksikan bersama!

Baca Juga: Bagaimana Jordan Pickford Menjadi Penjaga Gol No.1 England!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply