Sumber Gambar: aajnewswala.com

Maka tinggalah 4 pasukan sahaja yang berentap untuk kejuaraan Piala Dunia. Dari 32 negara yang memulakan Piala Dunia 2018, hanya empat yang tinggal. Belgium dan Perancis adalah dua daripada mereka dan akan bertemu di separuh akhir pertama Piala Dunia. Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui mengenai perlawanan dan ramalan bagaimana ia akan berakhir.

1) Kehebatan Liga Perdana Inggeris Akan Dipamerkan

Sekurang-kurangnya 12 pemain dari Liga Perdana Inggeris dijangka akan memulakan perlawanan. Belgium menurunkan lapan pemain berpangkalan di England dalam kemenangan suku akhir sensasi mereka ke atas Brazil. Juga diturunkan dalam perlawanan itu adalah Nacer Chadli, yang kini bersama kelab West Bromwich Albion yang telah diturunkan ke Liga Kejohanan Inggeris (divisyen 1).

Banyaknya pemain dari Liga Perdana Inggeris bererti beberapa rakan sepasukan di peringkat kelab akan menentang satu sama lain. Kapten Perancis dan penjaga gol Hugo Lloris bermain untuk Tottenham Hotspur, seperti pasangan pertahanan Belgium Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld. Dari Chelsea, N’Golo Kanté dan Olivier Giroud dari Perancis akan cuba menghentikan rakan kelab mereka Eden Hazard dari Belgium, dan juga cuba menewaskan penjaga gol Thibaut Courtois yang juga bermain untuk Chelsea. Manchester United juga mempunyai wakil di kedua-dua belah pihak. Paul Pogba untuk Perancis dan Marouane Fellaini dan Romelu Lukaku untuk Belgium.

2) Penyerang Kedua-dua Pasukan Menghadapi Pengalaman Berbeza Di Kejohanan Tahun Ini.

Penyerang utama Belgium, Romelu Lukaku, berada dalam prestasi yang hebat. Penyerang kuat itu mempunyai empat gol setakat ini dan berpeluang untuk memenangi anugerah kasut emas Piala Dunia yang kini diketuai oleh Harry Kane dari England (6 gol). Kebimbangan untuk Perancis ketika dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium adalah Lukaku telah menunjukkan dia lebih daripada sekadar seorang pemburu gol. Larian-lariannya ketika menentang Brazil selalu mengucar-kacirkan pertahanan Brazil yang hanya melepaskan satu gol sebelum perlawanan itu. Pencapaian terbaik Lukaku pada perlawanan itu adalah lariannya dari kawasan Belgium yang telah memberi peluang kepada Kevin De Bruyne untuk menjaringkan gol kedua Belgium.

Bagi Perancis, penyerang sasaran mereka Olivier Giroud kurang menyerlah. Penyerang Chelsea itu telah memulakan empat perlawanan terakhir Les Bleus tetapi gagal menjaringkan gol. Dari 380 minit masa permainan, Giroud telah berjaya membuat tujuh percubaan, namun tiada gol. Jurulatih Didier Deschamps telah berjanji untuk tetap menurunkan Giroud, dengan menunjuk kepada “permainan sokongan” Giroud untuk pasukannya. Di belakang Giroud, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappé bermain dengan yang sangat baik. Ini mungkin menjelaskan mengapa Deschamps tidak terlalu risau. Kekurangan gol dari Giroud juga boleh menjadi pertanda yang bertuah bagi Perancis. Apabila mereka memenangi Piala Dunia pada tahun 1998, penyerang Stephane Guivarc’h bermain 268 minit tanpa sebarang jaringan gol.

3) Ngolo Kante Perlu Berada Pada Prestasi Terbaik

Pemain tengah pertahanan Perancis adalah wira yang tidak didendang buat pasukan Perancis. Di adalah satu dinamo kecil yang membuat banyak kerja di atas padang dan tidak managih perhatian dari pihak media. Kanté terkenal di kalangan peminat Liga Perdana Inggeris. Selepas tiba di Leicester City tanpa reputasi, dia memainkan peranan utama di sanan untuk mereka memenangi gelaran juara secara mengejut. Selepas berpindah ke Chelsea pada musim berikutnya, mereka juga telah menjadi juara.

Kanté akan diminta untuk menghentikan Kevin De Bruyne dari bermain (dan akan berharap dia melakukan pekerjaan yang lebih baik daripada Fernandinho Brazil). Menghentikan De Bruyne bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya jika dia bermain seperti yang dilakukannya terhadap Brazil, tetapi jika dia Kante berjaya menghentikannya, dia akan menumpulkan senjata utama di gudang Belgium. Tiada pemain yang boleh memenangi perlawanan berseorangan, tetapi kadang-kadang kelihatan ada lebih dari satu Kanté di atas padang.

4) Tiba Masanya Untuk Perancis Mengganas!

Dengan boleh dikatakan skuad terbaik dalam kejohanan kali ini, ramai yang fikir Perancis akan menjadi pesaing yang serius. Namun selain detik-detik hebat terutamanya dalam kemenangan 4-3 ke atas Argentina, terdapat perasaan yang pasukan Perancis tidak bermain bola sepak yang cantik seperti yang pemain-pemainnya mampu.

Jurulatih Didier Deschamps mempunyai pelbagai bakat yang menyerlah dalam barisan serangan khususnya tetapi Perancis kadang-kadang berhempas-pulas untuk memecah barisan pertahanan yang berdisiplin. Griezmann dan Mbappé akan menjadi pemain penting ketika menentang Belgium dan mesti diberi bola yang secukupnya di kawasan di mana mereka boleh menyebabkan kehancuran kepada Belgium. Sekiranya Perancis mahu mengelakkan kekecewaan mereka pada kejohanan Euro 2016, sekarang adalah masa untuk menyalakan semua silinder enjin mereka dan mula mengganas!

5) Belgium Mempunyai Kepercayaan Yang Tinggi!

Adakah ini merupakan kejohanan di mana generasi keemasan Belgium akan berjaya? Selepas menewaskan Brazil, negara dengan 11 juta orang penduduk itu percaya mereka boleh melakukannya. The Red Devils cemerlang menetang Brazil, bermain dengan pantas dan penuh tipu helah pada serangan balas mereka dan mempertahankan gawang mereka dengan tegas. Dengan kehadiran penjaga gawang Courtois, mereka juga mempunyai barisan pertahanan terakhir yang lebih boleh dipercayai.

Dengan menolak ketepi satu jam pertama perlawanan mereka dengan Jepun di mana Belgium ketinggalan 2-0 sebelum bangkit, Belgium telah menunjukkan persembahan yang mengagumkan sepanjang kejohanan. Di bahagian “draw” yang lebih sukar, mereka telah mengalahkan pasukan pilihan Brazil, dan sekiranya mereka mengalahkan Perancis, mereka akan menghadapi England atau Croatia tanpa rasa takut pada peringkat akhir nanti. Belgium mahu menjadi juara dunia!

Ramalan Penulis?

Sebelum ini saya telah menyokong Brazil untuk mengalahkan Belgium pada suku akhir dan kini saya tidak akan membuat kesilapan meremehkan Red Devils sekali lagi. Sebelum kejohanan ini saya berminat dengan Perancis tetapi Belgium mempunyai momentum dan saya fikir mereka akan menang, 2-1.

Baca Juga: Bagaimana Jordan Pickford Menjadi Penjaga Gol No.1 England!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply