Sumber Gambar: Semuanya Bola

Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah memutuskan untuk menurunkan hanya satu pasukan sahaja di samping Kuantan FA selepas tamat saingan 100PLUS Liga Perdana musim ini.

Berikutan pengguguran Kuantan FA kerana masalah kewangan yang kritikal, jumlah pasukan yang bertanding dalam saingan 100PLUS Liga Perdana musim ini telah berkurang kepada 11 pasukan.

Hasil perbincangan yang dilakukan oleh Lembaga Pengarah MFL, mereka membuat keputusan sedemikian bagi menjamin konsistensi bilangan pasukan yang dipromosi dan diturunkan sepertimana dilakukan sebelum ini serta bagi memelihara dan melindungi tahap daya saing yang lebih kompetitif bagi 100PLUS Liga Perdana.

Ketika ini, ada empat pasukan yang berada dalam kedudukan bahaya. Empat pasukan tersebut ialah UKM FC, Pulau Pinang, UiTM FC yang bermula cemerlang pada awal musim ini dan Terengganu FC II. Tiga pasukan ketika ini terikat dengan 18 mata iaitu pasukan UKM FC, Pulau Pinang dan UiTM FC manakala Terengganu FC II berada di tangga tercorot dengan kutipan 17 mata.

Berbaki empat perlawanan, UKM akan menghadapi Felda United, MISC-Mifa, Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim II. Pulau pinang pula akan menghadapi UiTM FC, Sabah, UKM FC dan Felda United. UiTM FC akan menghadapi Pulau Pinang, PDRM FA dan JDT II manakala Terengganu FC II akan menentang Sabah, Sarawak dan MISC-Mifa.

Jika keempat-empat pasukan ini tidak mahu mengikuti jejak langkah Kuantan FA dengan tersingkir dari saingan Liga Perdana musim hadapan, maka mereka perlu mengutip mata penuh pada baki saingan Liga selepas ini.

Jika salah satu pasukan gagal berbuat demikian, maka mereka akan bermain dalam saingan Liga FAM pada musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai keputusan Malaysia Football League (MFL) untuk menurunkan satu pasukan sahaja dari saingan Liga Perdana musim ini bagi menyertai jejak langkah pasukan Kuantan FA ? Adakah peraturan tersebut satu langkah yang tepat ?

Dan pasukan manakah yang akan tersingkir ke saingan Liga FAM musim hadapan ?

Baca Juga: Lawan Kuantan FA Akan Dipotong Tiga Mata

Leave a Reply