Sumber Gambar: YURI CORTEZ/Getty Images

Bahasa Inggeris mengandungi lebih daripada 170,000 patah perkataan, tetapi, dengan kejayaan England di Piala Dunia 2018 setakat ini, negara pencipta bahasa itu sekarang hanya tahu bagaimana untuk mengulang tiga patah perkataan: ” It’s Coming Home “, Ia Pulang Ke Rumah. “It” atau Ia di sini merujuk kepada bola sepak, dan nyanyian bertukar menjadi frasa bertukar menjadi meme adalah mantra untuk membangkitkan perasaan ironis terhadap harapan bahawa England boleh menjulang Piala Dunia.

Maksud-maksud sinis dibelakang frasa ” It’s Coming Home ” makin berkurangan dengan setiap kemenangan England di Piala Dunia kali ini. Dan kini layaknya England ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak 1990 mungkin …. it’s coming home ?

” It’s Coming Home ” adalah korus kepada lagu “Three Lions,” sebuah lagu oleh pelawak David Baddiel dan Frank Skinner dalam kerjasama dengan band Britpop The Lightning Seeds. Semasa England tengah bersedia untuk menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah 1996, persekutuan bola sepak negara itu telah menugaskan para pelawak itu untuk membuat lagu untuk kejohanan itu. Artis lain telah merekodkan “remake” yang terikat kepada kejohanan-kejohanan selapas itu. Tetapi versi asal 1996 adalah yang secara rutinnya memanjat carta “singles” negara itu apabila England bermain dengan baik dalam kejohanan Piala Dunia, dan lagu itu kini berada di no 24 di Top 40 di UK.

Ia adalah satu lagu yang pendek dan sangat “catchy” atau menarik, yang membantu menjelaskan ketahanannya sebagai mantra kepada pasukan England. Tetapi lagu “Three Lions” juga sebuah lagu yang secara mengejutnya, menerima kegagalan. Intro kepada lagu ini memaparkan rakaman pengulas bola sepak Alan Hansen yang mengadu tentang betapa teruknya pasukan kebangsaan England. “Kita tidak cukup kreatif, dan kita tidak cukup positif,” katanya.

“Lagu ini menyedari aspek negatif sebagai peminat bola sepak England,” kata penulis lagu Baddiel kepada The Independent pada tahun 1996. “Persatuan Bola Sepak England membenarkan kita melakukannya sama sekali menunjukkan keberanian di pihak mereka.”

Korus lagu itu juga menyebut “30 years of hurt (kesakitan selama 30 tahun),” merujuk kepada Piala Dunia 1966 di England, kali terakhir negara itu pernah memenangi kejohanan besar. Euro 96 memberi alasan kepada peminat untuk mempercayai bahawa England sekali lagi boleh “membawa pulang bola sepak” ke negara mereka, dan lagu “Three Lions” berayun antara fatalisme dan optimisme peluang pasukan England di kejohanan itu. Seperti biasa, England telah kalah kepada Jerman melalui penentuan sepakan penalti di suku akhir Kejohanan Eropah itu, dan mesej lagu itu terus bertahan.

” It’s coming home “” mungkin menjadi bahan lawak yang banyak di media sosial, tetapi ia juga meme dalam erti kata asal perkataan. Ia adalah cangkuk budaya di mana sebuah negara boleh menggantung bagasi kolektifnya – “30 years of hurt,” sudah berakhir 22 tahun yang lalu. Perkataan itu ada kuasanya yang tersendiri, dan pemain England sendiri buat-buat tidak mengendahkannya apabila laungan gembira itu kedengaran tiap kali England menang.

Selepas mengalahkan Sweden 2-0 pada suku akhir Sabtu lalu, penjaring gol England, Harry Maguire ditemubual dan ditanya, “Bola sepak pulang ke rumah, kan?” (Football coming home right?)

“Mudah-mudahan,” katanya, perlahan-lahan berundur dari mikrofon. “harapnya begitulah.”

Jika ya, Baddiel dan Skinner mungkin mahu merakamkan versi baru lagu ini, yang mana korus lagu itu menggambarkan bahawa kejayaan England sudah berlaku.

Baca Juga: Bagaimana Jordan Pickford Menjadi Penjaga Gol No.1 England!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply