Sumber Gambar: Associated Press via Fox News

England telah menikmati laluan yang sememangnya mudah ke separuh akhir Piala Dunia tetapi bolehkah mereka meneruskan momentum kemenangan mereka? Atau adakah Croatia akan menlenyapkan laungan “It’s Coming Home” yang di seluruh England?

Perlawanan pagi Khamis ini akan memberikan ujian sebenar kejohanan untuk pasukan “Tiga Lions” itu.  Kekalahan di peringkat kumpulan mereka kepada pasukan Belgium hanya dilihat sebagai formaliti semata-mata, yang menyaksikan beberapa pemain utama direhatkan selepas kedua-dua pasukan layak dari peringkat kumpulan.

Tetapi adakah kita terlalu cepat untuk menolak peluang Luka Modric dan rakan-rakan? Berikut adalah 6 fakta yang perlu anda tahu mengenai pasukan bola sepak Croatia.

1) Rakitic dan Modric

Pasangan tengah El Clasico ini pasti akan memberi ancaman kepada England kerana mereka membentuk tulang belakang pasukan Croatia. Mereka dapat menghancurkan England dengan skill teknikal mereka dan bukan hanya dengan gaya konservatisme atau keagresifan tulen mereka di padang nanti.

Ivan Rakitic dari Barcelona dan Luka Modric dari Real Madrid telah menjadi pemain utama untuk kelab mereka dan yang sama boleh dikatakan tentang pasukan Croatia, dengan kedua-duanya menarik rentetan dan menjadi kekuatan kreatif yang nyata dari pusat padang.

Walaupun Croatia agak terdedah di barisan pertahanan pada masa-masa yang tertentu seperti mana yang telah kita lihat semasa pusingan kalah mati – kualiti yang dibawa oleh kedua-duanya tidak boleh dipandang remeh.

2) Mereka muncul sebagai juara kumpulan mereka dan telah membelasah Argentina

Semasa persaingan peringkat kumpulan pada kejohanan tahun ini, Croatia berjaya meraih kesemua sembilan mata untuk muncul sebagai juara kumpulan dan mereka melakukannya dengan penuh gaya apabila berjaya mengalahkan Argentina yang ditunjangi Lionel Messi 3-0.

Mereka berjaya menjaringkan gol paling banyak dalam kumpulan mereka – tujuh gol – dan hanya melepaskan satu gol ketika menentang Iceland.

Walaupun Croatia mempunyai ranking dunia FIFA ke-20 – di bawah England yang berada diranking ke-12 – namun mereka mempunyai prestasi yang lebih baik di peringkat kumpulan dan berada dalam kumpulan yang boleh dikatakan lebih sukar dari England.

3) Croatia bergelut di peringkat kalah mati

Anak buah Zlatko Dalic telah layak ke peringkat separuh akhir selepas dua kali gagal memenangi perlawanan mereka dalam masa 90 minit perlawanan dan masa tambahan di pusingan 16 pasukan terakhir menentang Denmark dan perlawanan suku akhir mereka dengan Rusia.

Mereka terikat 1-1 dengan Denmark dan 2-2 dengan Rusia selepas tempoh masa tambahan yang dramatik sebelum sebelum memenangi kedua-dua perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kedua-dua perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti, kemungkinan faktor keletihan akan menjejaskan pemain Croatia apabila bertemu england nanti. Croatia telah bermain 30 minit lebih lama berbanding England.

Penjaga gol mereka Danijel Subasic memerlukan rawatan menjelang minit ke-90 perlawanan menentang Rusia untuk masalah hamstring tetapi beliau dapat terus bermain untuk baki perlawanan.

4) Mereka membuat percubaan ke arah gol yang lebih banyak tetapi England lebih banyak percubaan yang tepat ke sasaran.

Croatia telah mencatat 77 percubaan ke gawang gol setakat ini di Piala Dunia dan 18 daripadanya telah tepat ke sasaran. England mencatat 68 percubaan ke gawang gol tetapi 21 daripadanya telah tepat ke sasaran.

Kepemilikan bola Croatia ketika perlawanan lagi tinggi daripada England dengan kadar purata 55.9%, berbanding dengan 55.1% dari Three Lions.

Walau bagaimanapun, England telah menjaringkan sebanyak 11 gol, satu gol lebih daripada Croatia dan mempunyai purata ketepatan yang lebih baik pada 85.3% berbanding 81% untuk Croatia.

5) Croatia ditubuhkan pada tahun yang sama ketika England berjaya layak ke separuh akhir sebelumnya.

Pasukan Croatia moden pertama kali bermain pada tahun 1990 dan pertama kali dimasukkan ke FIFA pada tahun 1992, dengan pemain dari rantau ini yang sebelumnya bermain untuk Yugoslavia.

Obsesi mereka dengan bola sepak bermula pada penghujung abad ke-19 apabila ahli industri Inggeris membina kilang-kilang di negara ini, menggaji penduduk tempatan dan membawa permainan bola sepak dengan mereka.

Pertandingan pertama yang mereka bersaing adalah Euro 1996. Mereka membuat peningkatan yang pantas dalam bola sepak dunia apabila mereka menduduki tempat ketiga di Piala Dunia pada tahun 1998, di mana penyerang Croatia, Davor Suker muncul sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan ketika itu.

Mereka hanya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia pada tahun 2010 dan Kejohanan Eropah pada tahun 2000.

6) Mereka mahu membalas dendam!

Croatia hanya berjaya mengalahkan England dua kali dalam tujuh pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan. England berjaya memenangi empat pertemuan dan kedua-dua pasukan pernah seri sekali sahaja.

Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2009, England menang 5-1 dan sebelum itu, pada 2008 dalam satu lagi perlawanan kelayakan, England menang 4-1.

Mereka pernah meninggalkan rasa pahit di mulut England selepas mereka mengalahkan Three Lions 3-2 pada 2007, sekaligus meranapkan harapan England untuk layak ke kejohanan Euro 2008.

BACA JUGA: [Piala Dunia] Hukuman FIFA Menanti Pemain Croatia, Domagoj Vida

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply