Sumber Gambar: FA Selangor

Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, kita telah melihat beberapa Kuda Tua menampilkan persembahan yang cemerlang bagi pasukan masing-masing. Perkara ini lantas menimbulkan persoalan. Adakah kuda tua ini masih lagi relevan untuk pasukan kebangsaan ?

Mari kita ambil contoh seperti Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha dan Muslim Ahmad. Amri setakat ini menjadi nadi penting buat pasukan Selangor dimana peranan beliau di bahagian tengah banyak membantu kepada gerakan serangan pasukan Selangor.

Gandingan Amri bersama penyerang import, Rufino Segovia berjaya membimbing Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA edisi kali ini namun tewas kepada pasukan Pahang pada Sabtu lalu.

Norshahrul dan Muslim pula beraksi dengan baik bersama pasukan Pahang musim ini. Muslim berjaya menampilkan aksi yang memukau di bahagian pertahanan dan beliau menjadi antara pemain yang bermain hampir kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Pahang musim ini.

Matyo pula berjaya menampilkan persembahan yang baik ketika Pahang menewaskan pasukan Selangor dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu. Meskipun jarang diturunkan, namun Matyo masih lagi mampu untuk menampilkan persembahan terbaik beliau.

Ketiga-tiga pemain di atas pernah mewarnai kesebelasan utama pasukan kebangsaan sewaktu zaman kegemilangan mereka. Dan ketiga-tiga pemain ini menunjukkan prestasi dan juga persembahan terbaik sekaligus pernah membantu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pada edisi 2010.

Adakah kuda tua masih lagi relevan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa ? Itu semua terpulang kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk memutuskan sama ada mahu memanggil pemain senior negara untuk mewakili negara ataupun terus menggunakan pemain muda dalam pasukan.

Dikalangan peminat, mungkin ada yang berpendapat zaman pemain senior ini sudah berlalu dan mereka harus memberi laluan kepada pemain muda untuk menyinar. Tak kurang juga ada yang berpendapat pemain senior ini masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan.

Apa pendapat anda mengenai kuda tua sama ada mereka masih lagi relevan atau tidak bagi mewakili pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa ? Adakah kita masih lagi memerlukan khidmat mereka ?

Baca Juga: Safee Sali Masih Relevan Untuk Pasukan Kebangsaan ?

Leave a Reply