Sumber Gambar: Perak TBG

Satu pasukan mahu mengesahkan kejuaraan dengan lebih awal manakala yang satu lagi mahu menangguhkan perayaan pasukan lawan. Itulah dua matlamat berbeza Johor Darul Ta’zi dan pasukan Perak apabila kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Perak malam ini.

Jika JDT berjaya menewaskan pasukan Perak malam ini, maka trofi Liga Super musim ini akan menjadi milik mereka dan pasukan dari selatan tanah air ini akan memenangi kejuaraan kelima berturut-turut sejak kali pertama memenanginya pada 2014.

Akan tetapi, jika Perak berjaya menewaskan JDT malam ini, maka anak-anak buah Raul Longhi ini terpaksa menunda pesta mereka pada perlawanan lain. Perak juga berpeluang cerah untuk bermain di peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan dengan menduduki tangga kedua.

Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan sudah pasti bakal menurunkan kesebelasan terbaik mereka bagi mencatat kemenangan. Bagi pasukan JDT, khidmat dua Fernando iaitu Elizari dan Marquez serta Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera bakal menjadi taruhan.

Bagi pasukan Perak pula, trio Gilmar Da Silva, Nor Hakim Hassan dan Wander Luiz akan menjadi senjata utama bagi mengkuca-kacirkan pertahanan JDT. Satu pertembungan yang menarik di bahagian serangan dimana mereka mahu membuktikan barisan serangan mana yang paling berkesan.

Dari segi aspek bertahan pula, Marcos Antonio akan menjadi ketua di bahagian belakang bagi memastikan mereka dapat mematahkan segala gerakan serangan Perak. Manakala Jad Nourredine pula akan mengetuai barisan pertahanan pasukan Perak.

Walau apa pun, perlawanan malam ini akan menentukan sama ada JDT akan bergelar juara lebih awal ataupun mereka harus menunggu lebih lama bagi mendakap trofi Liga Super. Apa yang penting, kedua-dua pasukan perlu menampilkan persembahan yang bertenaga untuk memastikan mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Perak malam ini ? Mampukah JDT mengesahkan kejuaraan dengan lebih awal ? Atau Perak bakal menunda pesta JDT malam ini ?

Baca Juga: Peluang Keemasan Untuk Perak Ke Asia

Leave a Reply