Sumber Gambar: Marca.com

Dalam kehangatan empat pasukan separuh akhir di Piala Dunia yang akan bersaing untuk piala idaman seluruh dunia itu, penjaga gol keempat-empat pasukan itu sedang bersaing untuk anugerah Sarung Tangan Emas.  Persembahan dari ke-empat-empat penjaga gol itu setakat ini menjadikan persaingan itu yang paling sengit dalam sejarah Piala Dunia.

Salah satu daripada Hugo Lloris, Thibaut Courtois, Jordan Pickford dan Danijel Subasic akan menerima anugerah yang ditawarkan kepada penjaga gol terbaik di kejohanan Piala Dunia tahun ini.

Syarikat-syarikat pertaruhan memberikan peluang yang sama kepada keempat-empat penjaga gol itu untuk memenangi anugerah Sarung Tangan Emas. Namun Hugo Lloris menjadi pilihan seperti mana pasukan Perancis sebagai pilihan utama untuk trofi keseluruhan.

Manuel Neuer (2014), Iker Casillas (2010), Gianluigi Buffon (2006), Oliver Kahn (2002) and Fabien Barthez (1998) adalah lima pemenang terakhir anugerah Sarung Tangan emas di Piala Dunia.

Mari kita lihat serba sedikit kupasan mengenai 4 pilihan utama tahun ini.

Hugo Lloris

Walaupun dia melepaskan tiga gol ketika melawan Argentina, Lloris menyinar ketika pertarungan dengan Uruguay dengan menjaga gawangnya untuk tidak dapat dibolosi Suarez dan rakan-rakan sekali gus membantu pasukannya untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Dengan lapan “saves” setakat ini dalam kejohanan, pemain Tottenham Hotspur ini mungkin dapat menjadi penjaga gawang Perancis kedua yang akan dianugerahkan Sarung Tangan Emas.

Thibaut Courtois

Thibaut Courtois dari Belgium adalah penjaga gol terbaik dalam Piala Dunia setakat ini dari segi angka. Dengan 18 “saves” yang telah dibuat dalam kejohanan setakat ini, Courtois menduduki tempat ketiga di belakang Guillermo Ochoa dari Brazil dan Kasper Schmeichel dari Denmark.

Namun, penjaga gol Chelsea itu lebih tegas (decisive), terutamanya dalam perlawanan suku akhir menentang Brazil, ketika dia menghalang cubaan terakhir Neymar di dalam perlawanan di mana dia member persembahan yang amat mengagumkan. Walau bagaimanapun, ulasannya mengenai ketinggian Jordan Pickford, semasa perlawanan antara kedua-dua pasukan itu telah mencetuskan kontroversi.

Danijel Subasic

Penjaga gol berusia 33 tahun itu berjaya menghalang empat penalti sepanjang kejohanan setakat ini, dan menaikkan keyakinan pasukan Croatia apabila pemain “generasi emas” Luka Modric gagal untuk menghukum pihak lawan di hujung padang.

Dalam pertarungan dramatik menentang Rusia di peringkat suku akhir, Subasic hampir meninggalkan padang kerana kecederaan di pahanya, tetapi dia memaksa dirinya untuk terus bermain lalu menyelamatkan sepakan penalti Fedor Smolov dalam penentuan sepakan penalti.

Jordan Pickford

Penjaga gol Everton itu berjaya mengakhirkan sumpahan penentuan sepakan penalti England dan membuktikan bahawa negara itu boleh menghasilkan pemain berkualiti di antara gawang gol.

Dalam perlawanan menentang Colombia dan Sweden, dia menjadi seorang wira untuk England dan membantu usaha pasukannya untuk mencapai peringkat separuh akhir kejohanan yang kali terakhir mereka layak pada tahun 1990 di Itali.

Baca Juga: Bagaimana Jordan Pickford Menjadi Penjaga Gol No.1 England!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply