Sumber Gambar: Terengganu FC

Terengganu FC berpeluang untuk merampas kedudukan ketiga dalam carta Liga Super dari tangan pasukan Kedah apabila mereka bakal menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Tiga mata juga akan merapatkan kedudukan mereka dengan pasukan Perak yang berada di tangga kedua.

Dengan nasib pasukan Pahang sama ada boleh bermain di peringkat Asia pada tahun hadapan masih belum diketahui, Terengganu FC mempunyyai peluang untuk mencabar pasukan Perak bagi menduduki tangga kedua dalam saingan Liga.

Ini kerana slot untuk ke peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia akan diberikan kepada pasukan yang berada di tangga kedua. Jadi, ini merupakan peluang terbaik bagi Terengganu untuk bermain di peringkat Asia.

Bagi menghadapi Kuala Lumpur, kami berpendapat Irfan Bakti akan menurunkan kesebelasan terkuat beliau bagi memastikan tiga mata berjaya diraih. Penyerang import, Kipre Tchetche sudah pasti akan menjadi harapan utama pasukan untuk merobek gawang Kuala Lumpur.

Ketua pasukan Terengganu FC ini telah menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga setakat ini. Beliau ketinggalan satu gol di belakang penyerang Selangor, Rufino Segovia.

Bagi pasukan bimbingan Fabio Maciel pula, tiga mata pada malam ini akan melonjakkan kedudukan mereka ke tangga keenam dan mengambil alih posisi PKNS FC dalam carta Liga.

Setelah hanya mampu seri pada perlawanan terakhir Liga ketika menentang PKNP FC, The City Boys mahukan kemenangan bagi menjamin kedudukan mereka dalam kelompok pertengahan Liga.

Apa yang penting, hanya kemenangan yang akan mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta Liga. Terengganu FC mahu menyertai perlumbaan ke Asia manakala Kuala Lumpur pula mahu menjauhkan diri dari zon penyingkiran dan menyertai kelompok pertengahan Liga.

Apa pendapat anda mengenai peluang Terengganu FC untuk mengutip tiga mata penuh apabila mereka akan berhadapan dengan pasukan Kuala Lumpur malam ini ?

Mampukah mereka mengutip kemenangan sekaligus mencerahkan lagi peluang mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan ?

Baca Juga: Saat Kebangkitan Matyo ?

Leave a Reply