Sumber Gambar: Fox Sports via Mobizone.ng

Apabila Perancis turun menentang Belgium pada separuh akhir Piala Dunia pagi Rabu ini, mereka akan dapat melihat muka yang mereka kenal di bangku pihak lawan. Itulah Thierry Henry – bekas penyerang Arsenal yang menjadi anggota skuad Perancis yang memenangi Piala Dunia 1998.

Henry, yang kekal sebagai penjaring gol antarabangsa terbanyak Perancis dengan 51 gol untuk Les Bleus dalam 123 perlawanan antarabangsa, akan berusaha untuk menghentikan negara kelahirannya daripada mengulangi kejayaan 1998 mereka sebagai pembantu pengurus kepada bos Belgium, Roberto Martinez.

Ia adalah satu situasi yang mengelirukan dan diakui oleh pemain Perancis sebagai keadaan yang kelihatan agak aneh.

“Ia agak pelik untuk dia menentang kami,” kata Olivier Giroud. “Dia adalah legenda hidup bola sepak Perancis.

“Dia telah memberikan segala-galanya kepada pasukan Perancis dan kami mempunyai banyak rasa hormat terhadap apa yang telah dilakukannya untuk Perancis.”

“Tetapi sudah tentu kami akan merasa bangga untuk menunjukkan [dia] bahawa dia telah memilih kem yang salah,” tambah Giroud.

Penjaga gol Spurs Hugo Lloris, yang pernah bermain dengan Henry untuk pasukan Perancis, bersetuju dengan kata-kata Giroud.

“Memang benar ia agak aneh untuk melihatnya dengan pasukan Belgium, tetapi itu adalah kerjayanya dan itulah cara dia belajar untuk berjaya dalam kerjaya masa depannya,” kata Lloris.

“Saya fikir hatinya akan berbelah-bagi esok kerana walau apa-apa pun dia kekal rakyat Perancis. (Tapi) kami kenal dia, dia mempunyai banyak semangat dan keghairahan di dalam dirinya untuk bola sepak, dan dia akan bersama dengan pasukan Belgium dan memberikan segala-galanya untuk membantu pasukannya. ”

Henry menyertai pesakuan Belgium pada 2016, hanya beberapa minggu selepas Martinez diberikan tugas itu, bekerja terutamanya dengan penyerang skuad Belgium seperti Romelu Lukaku dan Michy Batshuayi.

Dia telah menjauhkan diri dari perhatian ramai sejak itu dan telah mengecewakan ramai wartawan yang berhasrat untuk menemu ramah beliau. Beliau hanya memberi satu sesi temu bual sejak perlantikkannya ke skuad Belgium.

“Saya di sini untuk membantu pengurus dan skuad. Pengurusnya adalah orang yang akan memberi segala pernyataan tentang pasukan, “kata pemain berusia 40 tahun itu.

“Saya akan cuba menjadikan pasukan lebih baik. Sebagai jurulatih anda tidak perlu menyebutkan apa yang telah anda lakukan sebagai pemain di masa lalu. Dan sebagai jurulatih saya belum lagi membuktikan apa-apa. ”

Sikapnya yang mendiamkan diri secara berterusan ini bermaksud bahawa perasaan Henry tentang perlawanan pagi Rabu ini masih menjadi rahsia ketat beliau. Walaupun begitu kita boleh mengatakan bahawa satu lagi kemenangan Piala Dunia walaupun sebagai penolong jurulatih, pasti akan menjadi sesuatu yang membanggakan untuk dirinya.

Bagaimanapun, memandangkan situasi berbelah-bagi yang dia akan hadapi, Henry pasti tidak akan dapat berbangga dengan kejayaan itu. Itulah situasi antara cintakan negara dan kesetiaan kepada kerjaya yang membelungi Henry ketika ini.

Baca Juga: Belgium vs Perancis: 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply