Sumber Gambar: MFL

Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya meraih 5 kejuaraan Liga Super berturut-turut apabila mereka membenam pasukan Perak dengan keputusan 2-1 pada perlawanan di Stadium Perak semalam. Kemenangan ini sudah cukup untuk mengekalkan trofi Liga Super di bumi Johor buat kali kelima.

Pada perlawanan semalam, kedua-dua pasukan mempunyai misi berbeza dimana JDT mahu mengesahkan kejuaraan lebih awal manakala Perak mahu menunda pesta para pemain JDT. Dan mereka memberi cabaran yang sengit kepada anak-anak buah Raul Longhi ini.

Perak terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nor Hakim Hassan pada kinit ke-76. Ketika Perak mempertahankan kelebihan satu gol yang diperoleh, tiga minit kemudian Harris Harun menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat.

Safawi Rasid kemudiannya menjadi wira Harimau Selatan apabila jaringan beliau pada minit ke-83 memberikan tiga mata penuh buat JDT sekaligus memberi kejuaraan kelima bagi mereka.

Dengan 5 kejuaraan Liga Super, JDT menempah sejarah sebagai pasukan pertama yang berjaya berbuat demikian dalam sejarah saingan Liga Malaysia. Tambahan pula, mereka melakukannya dalam 5 musim berturut-turut tanpa dicabar oleh pasukan lain. Satu pencapaian yang sangat cemerlang bagi pasukan yang mula dikenal ramai pada 2013 itu.

Dengan kejuaraan Liga Super sudah menjadi milik JDT, ini bermakna pasukan bimbingan Raul Longhi akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. JDT akhirnya dapat bermain di pentas yang menjadi sasaran mereka dalam beberapa musim terakhir.

Selain itu, perlumbaan untuk mengisi tempat kedua semakin menarik selepas pasukan Perak dan Kedah tewas pada perlawanan semalam dan Terengganu FC berjaya mengutip mata penuh ketika menentang pasukan Kuala Lumpur. Tempat kedua berkemungkinan besar bakal memberikan tempat dalam pusingan kelayakkan Liga Juara-Juara Asia.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim ke atas pasukan Perak pada perlawanan semalam yang mana menyaksikan mereka memperoleh kejuaraan Liga Super yang kelima?

Apalah faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pasukan Johor Darul Ta’zim musim ini?

Baca Juga: Matlamat Berbeza Dua Pasukan

Leave a Reply