Prestasi Kylian Mbappe melambung setelah berjaya membawa pasukan Perancis masuk ke peringkat akhir setelah menang 1-0 ke atas Belgium, di Saint-Petersburg, pada pagi Rabu (11/6/2018). Gol Les Bleus memang dijaringkan oleh Samuel Umtiti yang menanduk bola hantaran daripada Antoine Griezmann pada minit ke-51.
Akan tetapi, Mbappe menunjukkan persembahan yang cemerlang ketika di atas padang dalam perlawanan menentang Belgium. Pergerakan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu membuat Vincent Kompany dan rakan-rakan sepasukan kucar-kacir. Menurut Opta, Mbappe telah menghasilkan 15 gelecekan dan tujuh di antaranya berjaya dibuat ketika menentang Belgium. Statistik itu merupakan yang tertinggi jika dibandingkan semua pemain Prancis di Piala Dunia sejak 1966.
15 – Kylian Mbappé attempted 15 dribbles against Belgium 🇧🇪 (7 completed), highest tally for a French player in a World Cup match since Opta analyses the competition (since 1966). Hook. #FRABEL #WorldCup pic.twitter.com/DM6D53S82b
— OptaJean (@OptaJean) July 10, 2018
Prestasi Mbappe membuatnya layak untuk menjadi yang terbaik di Piala Dunia 2018. Bukan itu sahaja, Mbappe juga selalu mempamerkan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan. Kylian Mbape menjaringkan tiga gol ke atas lawan-lawannya menjadikan dia menjadi top scorer sementara buat pasukan Perancis selama Piala Dunia 2018, bersama Griezmann yang juga telah menjaringkan tiga gol.
Sumber: Opta, Liputan6
BACA JUGA: (Piala Dunia) Kylian Mbappe melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dilakukan Pada Separuh Akhir
Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X
Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!