Sumber Gambar: Reuters

Pemain pertahanan Croatia, Dejan Lovren menegaskan dia sudah bersedia menghadapi cabaran untuk menghentikan Harry Kane pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang England.

Lovren telah dimalukan oleh Harry Kane ketika menentang Tottenham Hotspur di peringkat kelab sembilan bulan lalu. Beliau digantikan lebih kurang setengah jam selepas wisel permulaan ditiupkan dalam kekalahan 4-1 Liverpool dengan Kane sudah pun menjaringkan satu gol dan membuat satu ‘assist’ ketika itu.

Walaupun Kane meneruskan prestasi hebatnya dari Liga Perdana ke Piala Dunia, dengan enam gol untuk dirinya di Rusia setakat ini, pemain pertahanan Croatia itu percaya bahawa dia mempunyai kemampuan untuk memenangi pertempuran terbaru mereka.

“Dia salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris,” katanya kepada pemberita. “Dia berhak mendapat semua kredit yang diperolehnya. Dalam beberapa musim terakhir, dia selalu menjaringkan lebih daripada 25 gol dan dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia.

“Tetapi saya suka mencabar penyerang ini dan menunjukkan kepada semua orang bahawa saya adalah salah satu pemain pertahanan terbaik. England adalah salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia dan anda perlu menghormatinya.Tetapi kami sangat suka bermain menentang pasukan besar, seperti yang kita tunjukkan ketika menentang Argentina, dan kami tidak akan rugi apa-apa pun kalau kalah.”

Croatia telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka, dengan Lovren bermain penuh dalam dua daripada perlawanan itu dan dimasukkan sebagai pemain gantian untuk satu perlawanan.

BACA JUGA(Piala Dunia) Mengapa ” It’s Coming Home ” Menjadi Definisi Harapan England?

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply