Sumber Gambar: Twitter/@ England

Kebolehan pasukan England dalam memanfaatkan situasi ‘bola mati’ sudah menjadi rahsia utama di Piala Dunia 2018. Harry Kane dan rakan-rakan sepasukan berpeluang menunjukkannya pada perlawanan separuh akhir melawan pasukan Croatia. Perlawanan ini dijadualkan untuk merebut tiket ke perlawanan akhir di Luzhniki Stadium, pada pagi Khamis (12/7/2018).

The Three Lions dapat memanfaatkan set piece, yang membantu mereka mencapai ke peringkat separuh akhir untuk kali pertama dalam 28 tahun, sebagai ramuan utama pasukan ini nanti. Untuk rekod, lapan dari sebelas gol anak asuhan Gareth Southgate ini terhasil menerusi situasi bola mati. Hanya tiga menerusi permainan terbuka. Sebanyak dua di antaranya dihasilkan pada perlawanan menentang Panama, menerusi Jesse Lingard dan Harry Kane.

Dele Alli kemudian melakukannya dalam perlawanan menentang pasukan Sweden untuk memastikan kemenangan 2-0 kepada England. Kehebatan set piece England akan mempunyai peluang di Luzhniki kerana Croatia lemah untuk menghadapinya. Statistik mencatatkan tiga dari empat gol yang dibolosi oleh pasukan Croatia melalui situasi tersebut.

Mereka kebolosan menerusi Gylfi Sigurdsson (penalti), Mathias Jorgensen (lontaran ke dalam), dan Manuel Fernandes (tendangan sudut). Hanya gol Denis Cheryshev yang dihasilkan menerusi permainan terbuka.

Manakala gol set piece England adalah sebagai berikut. Pada perlawanan pembukaan kumpulan G, dua gol Kane ke gawang Tunisia terhasil menerusi tendangan sudut. Dalam perlawanan berikutnya, Kane menghasilkan dua gol melalui penalti. Manakala John Stones dua kali merobek gawang lawan juga melalui tendangan sudut dan tendangan bebas.

Gol bola mati lain dihasilkan pada perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik melawan Colombia. Kane menunjukkan kecemerlangannya dalam memanfaatkan tendangan penaltu. Kemudian Harry Maguire merobek gawang pasukan Sweden menerusi tendangan sudut.

Sumber: Liputan6, Bola.com

BACA JUGA: (Piala Dunia) Mengapa ” It’s Coming Home ” Menjadi Definisi Harapan England?

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply