Sumber Gambar: REUTERS

England adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia mereka menentang Croatia, tetapi ia banyak bergantung kepada sama ada mereka boleh mengawal Luka Modric.

Luka Modric sudah berpengalaman dalam mematahkan hati pasukan England. Pada satu malam di tahun 2007 apabila Croatia menamatkan harapan kelayakan Euro 2008 England dengan kemenangan 3-2 di Wembley. Pemain tengah berbadan kecil itu cemerlang mengalahkan Steven Gerrard dan Frank Lampard dan menetapkan kerjayanya di trajektori menaik yang telah dikekalkan sejak peristiwa itu.

England sekarang bukannya England yang dahulu. Gareth Southgate telah berjaya melepaskan England dari belenggu kekecewaan masa lampau, menyemai pasukan mudanya yang lapar dengan kepercayaan dan membimbing mereka ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990. Tetapi cabaran menentang Croatia tetap sama. Umur yang makin meningkat tidak mengurangkan prestasi Modric. Malah, dia lebih berpengaruh berbanding sebelum ini.

Hanya beberapa minggu selepas memenangi piala Liga Juara-Juara keempatnya dengan Real Madrid, Modric telah beraksi dengan cemerlang di Rusia. Dia menjadi pendorong di belakang kemunculan Croatia menjadi juara Kumpulan D, menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi ketika menentang Nigeria dan menjaringkan gol yang menakjubkan dalam kemenangan sensasi ke atas Argentina, dan dia terus menarik perhatian pada pusingan kalah mati.

Croatia telah dibawa ke penentuan sepakan penalti dalam kedua-dua perlawanan terakhir mereka setakat ini, tetapi Modric telah memimpin Croatia dengan hebat, bahkan menunjukkan ketahanan mental untuk mengambil salah satu tendangan penalti dan menjaringkan gol ke atas Denmark setelah gagal menjaringkan penalti di minit-minit akhir masa tambahan. Semasa bertemu England di 2007, Modric masih bakat yang baru hendak muncul namun kini menjadi kapten dan pemimpin Croatia.

Jika kita lihat pada statistik, ia menceritakan kepentingannya untuk Croatia. Selain menjadi penjaring terbanyak Croatia, Modric mempunyai lebih banyak sentuhan, membuat lebih banyak hantaran dan mencipta peluang lebih banyak daripada mana-mana rakan sepasukannya. Pengurus Zlatko Dalic menyifatkan gandingannya di bahagian tengah dengan Ivan Rakitic sebagai yang terbaik di kejohanan, tetapi Modric lah yang menentukan corak permainan.

Dia tetap rajin seperti biasa. Pemain berusia 32 tahun itu telah bermain lebih banyak minit berbanding mana-mana rakan sepasukannya di Rusia, dengan data pengesanan FIFA menunjukkan dia adalah hanya segelintir pemain di kejohanan itu yang telah meliputi jarak lebih daripada 50 kilometer. Menurut Opta, dia telah berjaya memenangi pemilikan bola di bahagian tengah paling banyak daripada orang lain.

Campuran kreativiti dan kerajinan inilah yang membuatnya sukar untuk dikawal. Rusia berpendapat mereka telah menemui cara untuk mengawalnya apabila mereka mampu mengatasi Modric dan Rakitic pada separuh pertama perlawanan suku akhir Ahad lalu, tetapi kemasukkan pemain tengah pertahanan kedua, Marcelo Brozovic mengubah segala-galanya. Dalic pasti akan menggunakannya sejak awal lagi apabila menentang England.

Untuk Southgate, dia pasti akan digalakkan dengan cara bagaimana barisan tengahnya sendiri telah berfungsi setakat ini, dengan Jordan Henderson berlegar secara berkesan di belakang Jesse Lingard dan Dele Alli, tetapi mereka belum lagi menentang pemain ‘playmaker’ seperti Modric. Apabila mereka berhadapan dengan Belgium, Kevin De Bruyne tidak diturunkan. Menetang Colombia, James Rodriguez tidak tersenarai akibat kecederaan.

Dilema untuk Southgate sekarang adalah sama ada untuk tetap dengan apa yang telah berfungsi dengan baik sehingga sekarang, atau penukaran taktikal untuk memberikan daya kekukuhan pertahanan yang lebih besar.

Eric Dier adalah calon yang paling jelas untuk dimasukkan. Pemain Tottenham itu bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kadar kepantasan permainan ketika dia diturunkan dalam pertemuan menetang Colombia, tetapi dia dipercayai oleh Southgate, yang mengatakan dia “selalu menjadi bahagian besar” dalam rancangannya sebelum perlawanan peringkat kumpulan England menentang Belgium.

Kemasukkan Dier akan memberi keselamatan tambahan kepada pertahanan England, tetapi akankah ia mengkompromi serangan England? Alli dan Lingard telah menunjukkan diri mereka sebagai kunci kejayaan di Rusia setakat ini. Alli menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan itu menentang Sweden, manakala kerajinan dan ancaman gol Lingard tidak ternilai sepanjang kejohanan itu. Untuk Dier dimasukkan, seseorang perlu diketepikan.

Ini adalah satu situasi yang perlu diimbang dengan baik untuk Southgate, dan merupakan dilema pemilihan pertamanya yang tulen sejak kejohanan bermula. Dalam satu tangan, dia akan tergoda untuk berpegang teguh pada formula yang menang. Di tangan yang lain, dia akan mempertimbangkan bahawa pemain seperti Modric memerlukan perhatian khas. Selepas sebelas tahun, England tidak mampu untuk mengulangi malam kekecewaan di Wembley lagi.

BACA JUGA(Piala Dunia) Mengapa ” It’s Coming Home ” Menjadi Definisi Harapan England?

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply