Sumber Gambar: Getty Images

Sepanjang sejarah Piala Dunia, kejohanan 2018 di Rusia mungkin menjadi yang terbaik pernah dianjurkan.

Segala-segala drama dan aksi yang menarik dapat diperhatikan. Dari kontroversi VAR, meme yang lucu, kejutan-kejutan pasukan pilihan tersingkir awal, gol-gol minit terakhir, dan penentuan penalti dramatik.

Memandang aksi perlawanan akhir Perancis menentang Croatia akan berlansung beberapa hari lagi pada malam Ahad, kami fikir kami akan memberi beberapa fakta Piala Dunia yang kurang diketahui ramai yang mungkin telah terlepas dari pandangan anda selama beberapa minggu yang lalu.

Berikut adalah 10 fakta Piala Dunia yang mungkin anda tidak tahu. Lihat sejenak fakta-fakta menarik ini dan mungkin anda dapat mengagumkan rakan-rakan anda apabila anda duduk berbincang tentang Piala Dunia dengan mereka

1) Pada tahun 1966, trofi Piala Dunia hilang selama seminggu apabila ia dicuri sebelum kejohanan bermula!

Fakta

Sumber Gambar: Evening News

2) Jarak antara Ekaterinburg (bandar paling timur) dan Kaliningrad (bandar paling barat) pada Piala Dunia 2018, lebih 1500 batu. Apa yang menakjubkan adalah jarak itu lebih kurang dengan jarak antara Moscow dan London!

Fakta

Sumber Gambar: trannetastravels.com

3) 9 bulan selepas Piala Dunia, tuan rumah dan negara-negara yang menang selalu mempunyai kenaikan dalam kadar kelahiran bayi. Kadar kelahiran Jerman naik 10% pada tahun 2006!

Fakta

Sumber Gambar: etsy.com

4) 3.2 bilion orang menyaksikan Piala Dunia 2014 – ini bermakna hampir 50% penduduk dunia menonton kejohanan itu!

Fakta

Sumber Gambar: Getty Images

5) Negara terkecil (dari segi jumlah penduduknya) yang pernah bersaing dalam Piala Dunia adalah sebuah negara dalam kejohanan tahun ini. Ia adalah Iceland dengan jumlah penduduk hanya 334,000!

Fakta

Sumber Gambar: Sky Sports

6) Pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lebih 750,000 liter bir dijual di stadium – itu bersamaan dengan 3,170,064 bir! Kuat minum betul dia orang semua ni!

Fakta

Sumber Gambar: capitalfm.co.ke/lifestyle

7) Sejak kejohanan bermula, setiap pertandingan Piala Dunia telah dimenangi oleh jurulatih dengan kewarganegaraan yang sama dengan pasukan yang dilatihnya itu. Maknanya bukan jurulatih luar lah.

Fakta

Sumber Gambar: Getty Images

8) Peliknya, menukar jersi antara pemain lawan di atas padang telah diharamkan pada tahun 1986 kerana FIFA tidak mahu pemain mendedahkan dada mereka di televisyen. Namun, pengharaman itu tidak menghentikan Steve Hodge menukar jersinya dengan Maradona selepas perlawanan mereka yang menyaksikan gol “Tangan Tuhan” Maradona.

Fakta

Sumber Gambar: Twitter @classicshirts

9) Bola Piala Dunia 2018, ‘Telstar 18’ dimodelkan dan dinamakan selepas bola Adidas pertama yang digunakan di Mexico pada tahun 1970. Ia pada asalnya direka dengan 32 panel hitam dan putih untuk menjadikannya lebih kelihatan pada set TV hitam putih pada tahun 70-an.

Fakta

Sumber Gambar: nssmag.com

10) Gol tercepat di Piala Dunia dijaringkan oleh pemain Turki, Hakan Şükür ketika menjaringkan gol setelah hanya 11 saat dalam kemenangan 3-2 menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.

Fakta

Sumber Gambar: Getty Images

BACA JUGA:(Piala Dunia) Presiden Croatia Menari Meraikan Kemenangan Mereka. 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply