Sumber Gambar: skysports

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, bertransformasi dalam 20 tahun. Dari seorang penyokong di tempat duduk stadium hingga menjadi jurulatih yang menghantarkan negaranya ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018. ZLatko Dalic menjadi salah satu insan yang paling bahagia. Jurulatih pasukan kebangsaan Croatia itu gembira kerana negaranya kini lebih baik dari pencapaian Piala Dunia 1998.

Ketika itu, Croatia berjayal melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1998. Sempat berada di depan dengan jaringan Davor Suker, negara pecahan Yugoslavia itu gagal ke perlawanan akhir setelah Perancis menang 2-1 jaringan dua gol yang dihasilkan oleh Lilian Thuram. “Pada 1998, saya berada di Perancis untuk menyaksikan tiga perlawana pertama Croatia sebagai penyokong,” kata Zlatko Dalic di FIFA.com, setelah tamatnya perlawanan menentang England, pada pagi tadi.

Pada perlawanan kumpulan H Piala Dunia 1998, Croatia menang ke atas Jamaica dan Jepun dan kalah dari Argentina. Croatia berjaya mara ke peringkat seterusnya sebagai naib juara kumpulan dan terus mara hingga ke perlawanan separuh akhir setelah mengalahkan Romania dan Jerman. Davor Suker dan rakan seperjuangannya justeru bertemu tuan rumah Perancis pada peringkat separuh akhir.

“Semua orang di Croatia sangat mengingati perlawanan itu ketika Thuram membuat kami kalah. Kekalahan itu menjadi topik perbahasan di negara kami selama 20 tahun,” kata Zlatko Dalic.

“Saya sendiri sempat bergembira ketika Suker menjaringkan gol. Namun, saya kembali duduk ketika Perancis membuat keputusan menjadi seimbang,” kata jurulatih Croatia yang berusia 51 tahun itu.  Kalah dari Perancis, Croatia akhirnya tamat dan berada di peringkat ketiga Piala Dunia 1998 setelah menang ke atas Belanda. Antara 1998 dan 2014, pasukan yang digelar Vatreni ini tiga kali melangkah ke Piala Dunia. Akan tetapi, Croatia gagal melangkah lebih jauh dari peringkat kumpulan. Tren negatif itu berakhir pada Piala Dunia 1998.

Pasukan Croatia berjaya mengalahkan pasukan England dengan keputusan 2-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 sehingga masa tambahan di Stadium Luzhniki pagi tadi. Gol England dijaringkan oleh Kieran Trippier pada minit ke-5. Sementara itu Croatia merobek balasan gol pada minit ke-68 melalui Ivan Perisic dan gol kemenangan oleh Mario Mandzukic pada minit ke-109.

Pada perlawanan akhir, Croatia akan menghadapi pasukan yang mengalahkannya pada separuh akhir Piala Dunia 1998, Perancis.  Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Luzhniki pada Ahad ini. Perlawanan itu menjadi kesempatan Dalic membalas rasa kecewa 20 tahun yang lalu. Ketika dia pada penghujung karier sebagai pemain bolasepak profesional, melihat negaranya gagal melangkah ke perlawanan akhir.

“Tidak, ini bukan tentang balas dendam. Ini tentang bolasepak,” kata jurulatih Croatia itu.  “Fokus kami ketika ini adalah mempersiapkan diri dengan baik untuk tampil dengan persembahan terbaik di perlawanan akhir,” tambahnya.

Sumber: FIFA, Kompas.com

BACA JUGA: (Piala Dunia) 6 Fakta Penting Tentang Croatia!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply