Sumber Gambar: Awani

Pasukan gergasi bola sepak dunia, FC Barcelona mengiktiraf satu lagi pasukan gergasi tetapi bukanlah gergsi bola sepak dunia melainkan gergasi bola sepak Malaysia iaitu Selangor dengan memasukkan pasukan tersebut ke dalam The 30 Club.

Setelah meraih kejuaraan Copa Del Rey dengan menewaskan pasukan Sevila pada April, Barcelona telah berjaya memenangi kejohanan tersebut sebanyak 30 kali. Ini menjadikan Barcelona sebagai kelab kelapan di dunia yang pernah memenangi mana-mana kejohanan domestik sebanyak 30 kali.

Dalam laman sesawang rasmi pasukan dari Catalonia ini, mereka menyebutkan kelab FC Vaduz dari Liechtenstein yang pernah memenangi Liechtenstein Cup sebanyak 47 kali. Diikuti dengan kelab Linfield (Northern Ireland, 43), Celtic (Scotland, 37), Al-Ahly (Egypt, 36), Muharraq (Bahrain, 33), Rangers (Scotland, 33) dan pasukan Selangor (Malaysia, 33).

Jika kita lihat kepada tujuh pasukan di atas, kesemua daripada mereka mempunyai lebih kejuaraan berbanding pasukan Barcelona. Namun, Barcelona masih lagi bersifat tawadhu’ dengan mengiktiraf pasukan-pasukan tersebut.

Pengiktirafan yang diberikan oleh Barcelona kepada salah satu pasukan dari Liga Malaysia ini nyata sesuatu yang boleh dianggap sebagai istimewa kerana mereka sedar akan pencapaian pasukan-pasukan lain di dunia.

Seperti yang kita sedia maklum, jarang kita melihat pasukan Selangor mewar-warkan tentang kejayaan mereka meraih gelaran Piala Malaysia sebanyak 33 kali kepada pihak luar. Kalau dalam negara tak usah cakaplah. Berbeza dengan pasukan lain dalam dimana mereka mencanang kejayaan yang diperoleh sehinggakan kalau boleh orang dari Rwanda atau Uganda tahu tentang pencapaian mereka.

Apa yang pasti, pasukan Selangor sememangnya mempunyai aura dan juga legenda mereka yang tersendiri kerana mereka adalah pasukan yang paling berjaya dalam sejarah saingan Liga Malaysia. Jika nak dilihat dari segi trofi, memang jauh dengan pasukan-pasukan lain.

Apa pendapat anda mengenai pengiktirafan pasukan Barcelona ke atas pasukan Gergasi Merah, Selangor dengan memasukkan mereka dalam The 30-club pasukan dari Catalonia itu ? Adakah pasukan lain dari Liga Malaysia mampu untuk berbuat demikian dengan mendapat pengiktirafan daripada kelab terbaik dalam dunia bola sepak saat ini ?

Baca Juga: 10 Pemain Yang Boleh Menggantikan Ronaldo

Leave a Reply