Sumber Gambar: MFL

Pasukan Kelantan masih lagi bernyawa dalam usaha merela untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan dimana mereka berjaya menewaskan pasukan naib juara Piala FA 2018, Selangor dengan keputusan 2-1 pada perlawanan sebentar tadi.

Gol daripara dua pemain muda, Shafiq Shahrudin dan Danial Ashraf membantu Kelantan untuk naik satu anak tangga dengan menduduki tangga kesebelasan menyingkirkan pasukan Negeri Sembilan yang tewas pada PKNS FC ke tangga tercorot Liga.

Ketua jurulatih, Yusri Che Lah kekal dengan pendekatan menggunakan pemain muda dalam kesebelasan utama beliau sambil dibantu oleh tiga pemain import iaitu Cassio De Jesus, Cristiano Santos dan Bakhtiyar Duyshobekov.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan asakan ke kubu pertahanan lawan dan hasilnya Kelantan membuka tirai jaringan menerusi Shafiq hasil daripada percubaan cantik yang berjaya menewaskan Khairul Azhan yang ditugaskan untuk mengawal pintu gol Selangor.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masih lagi saling melancarkan serangan namun kali ini pasukan Selangor dilihat sedikit longlai dengan membenarkan pasukan lawan untuk mengasak.

Ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir kemudiannya memasukkan Sean Eugene Selvaraj bagi menambahkan lagi sengat di bahagian serangan pasukan dan pemain muda ini tifak mengecewakan apabila b3liau berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Namun, Danial Ashraf kemudiannya menjaringkan gol kedua bagi Kelantan sekaligus membuatkan Selangor terus terluka setelah kekecewaan minggu lalu.

Dengan kemenangan sebentar tadi, Kelantan masih lagi mempunyai peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran dan mengekalkan status Liga Super mereka pada saingan musim hadapan.

Apa yang perlu dilakukan oleh Kelantan ialah mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya bagi menghidupkan peluang mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Kelantan ke atas pasukan Selangor pada perlawanan sebentar tadi? Mampukah mereka mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan akan datang sekaligus keluar dari zon penyingkiran setelah sekian lama mereka berada dalam dalam zon tersebut di samping pasukan Negeri Sembilan?

Baca Juga: Kelantan Berdepan Gergasi Yang Sedang Terluka

Leave a Reply