Sumber Gambar: Ryan Pierse/Getty Images Europe

Seperti daun-daun pokok yang jatuh di musim gugur, di penghujung mana-mana perlawanan bola sepak yang berlanjutan ke masa tambahan, pemain akan jatuh ke tanah akibat kekejangan. Ia biasanya berlaku luar dari sudut kamera, jauh dari bola. Tiba-tiba pemain akan duduk di tanah, berakar di tempat itu dan tidak boleh bergerak. Ia adalah kekejangan otot! Dia mengangkat bahu seperti perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan tidak ada apa yang dapat dilakukannya. Seorang rakan berlari untuk membantu dia. Semua orang tahu bahawa kekejangan otot adalah satu keadaan yang amat sakit, tetapi tiada siapa tahu sama ada kekejangan otot pada masa tambahan adalah tulen atau tidak. Pemain yang kekejangan biasanya berada di sebelah pihak yang sedang memenangi perlawanan, atau sekurang-kurangnya mahu melambat-lambatkan perlawanan. Pada zaman dahulu, anda sering melihat pemain dari pasukan lawan saling menghulurkan tangan, seperti kawan gim, dan membantunya bangkit naik ke atas dengan stoking bergulung. Tetapi itu kini sudah jarang berlaku. Kini hanyalah tinggal pemain kekejangan itu menggoncang kepalanya dan kekal di atas tanah. Pada babak kedua masa tambahan dalam kemenangan semifinal Piala Dunia Croatia ke atas England, pemain yang jatuh kekejang adalah Mario Mandzukic, pemain berusia 35 tahun yang bermain untuk kelab Juventus.

Mandzukic, seperti pemain pasukan Croatia yang lain, telah diketepikan oleh media Inggeris sebelum perlawanan menentang England. Dia telah memenangi lebih banyak trofi kelab daripada gabungan semua pemain pasukan England. Tetapi jangan biarkan fakta itu menyedihkan anda. Secara keseluruhannya di Piala Dunia ini adalah bahawa England tidak terbawa-bawa dengan kejayaan. Pasukan England satu pasukan yang muda dan bermain tanpa tekanan. Tetapi, selepas pasukan itu mengalahkan Sweden dengan cara yang komprehensif pada malam Sabtu lalu, semua perasaan itu dicampak keluar dari tingkap. Orang ramai mula menyanyi secara spontan di dalam kereta api. Peminat mengamuk di dalam Ikea. Hon kereta dibunyikan sepanjang malam. Harapan tebal mantra lama “football is coming home” kembali dilaungkan, dan semua orang mula membuat perancangan untuk menonton perlawanan akhir. Soalan yang dilemparkan ketika itu adalah “Croatia, siapa tu?”.

Mandzukic secara jujurnya adalah jenis penyerang yang mudah dilepas pandang. Bola sepak sememangnya meraikan pemain yang suka membawa bola di kaki mereka, yang menetapkan irama, menenun hantaran tepat, dan benari waltz melepasi pemian lawan. Tetapi terdapat pemain bola sepak yang lain jenisnya, yang menggunakan ruang dengan baik, mendapat sesuatu daripada keadaan yang tiada apa-apa, dan menunjukkan permainan yang tidak kurang berkesan dibandingkan dengan pemain seperti Ronaldo dan Messi. Mandzukic adalah salah satu daripada pemain jenis itu. Anda tidak cenderung mendengar namanya banyak kali disebut dalam ulasan bola sepak, sehingga tiba-tiba anda dengar jeritan “Mandzukic!”. Dan dia ada di sana, enam meter dari gawang gol, membuat percubaan ke arah gawang, biasanya dengan satu sentuhan.

Jika anda menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Croatia dengan England, Mandzukic seolah-olah tidak bermain dalam perlawanan itu dan tidak menyentuh bola sehinggalah minit ke-83. England telah mendahului lebih kurang sejam selepas Kieran Trippier melepaskan tendangan bebas ke sudut atas gawang gol Croatia. Tetapi, pada babak kedua, Croatia mula mencengkaman permainan. Luka Modrić, dari Real Madrid, dan Ivan Rakitić, dari Barcelona mula membuat hantaran-hantaran yang menguasai perlawanan untuk Croatia. Ivan Perisic, pemain sayap Internazionale, menjaringkan gol penyamaan, dan kemudian, tanpa amaran Mandzukic mengawal bola dengan dadanya dan membuat percubaan ke palang berhampiran Jordan Pickford untuk gol kemenangan.

Opera melodramatik Mandzukic selama 9 minit, bermula di babak-babak terakhir separuh masa pertama masa tambahan.  Episode perhentian, permulaan, dan seolah-olah kejutan sawan yang telah menentukan perlawanan di ambil semula dari cengkaman England. Perisic, yang menjadi ancaman sepanjang malam, membuat hantaran lintang yang rendah dengan cepat dari sebelah kiri dan Mandzukic tiba-tiba muncul  dan membuat sentuhan. Tetapi dia dan bola itu bertembung dengan Pickford, yang berjaya melepaskan diri dan menyelamatkan pintu gol England dengan cemerlang. Selepas perlanggaran itu, pemain Croatia itu terbaring di atas tanah untuk beberapa waktu. Ketika Mandzukic berjalan terhenjut-henjut untuk menyiapkan dirinya untuk aksi lima belas minit terakhir perlawanan, ia melucutkan seluar pendeknya ke tengah paha, seolah-olah dia memberi isyarat yang kerjanya sudah selesai.

Dan kemudian dia jatuh ke tanah. Apalagi kalau bukan kekejangan otot. Mandzukic duduk di tepi kawasan penalti England. Dia membuat isyarat antarabangsa untuk “Bukan salah saya.” John Stones, Kyle Walker, dan Harry Maguire, tiga pemain pertahanan England, berdiri kelilinginya, bergantian menawarkan tangan untuk membantu. Akhirnya, Mandzukic kembali berdiri, entahlah bagaimana. Dia berlari-lari anak untuk beberapa minit, dia pastinya terasa sakit, dia jatuh ke tanah lagi. Mungkin Mandzukic menghadapi masalah kecederaan yang benar. Mungkin barisan pertahanan England, tersalah menganalisa dan menganggap bahawa dia bukan lagi menjadi ancaman. Kerana, pada minit ke-18 masa tambahan, Walker membuat ayunan kaki yang lemah dan nampak keletihan ke arah tendangan silang Croatia. Bola muncul ke arah Perisic yang menanduknya kembali ke gawang England dan, untuk seketika, Mandzukic mempunyai ruang yang diperlukan, dan dicarinya sepanjang perlawanan. Ruang yang kecil yang berdiameter kurang 1 meter di sekelilingnya. Dengan kaki kirinya, dia menendang bola melintasi Pickford dan masuk ke jaring, dan kemudian berlari ke arah peminat Croatia dan kamera TV, di mana semua orang terkejut dan mula mencium satu sama lain. Masa berlalu dengan begitu cepat untuk England selepas itu. Mandzukic jatuh ke tanah buat kali terakhir. Dengan enam minit masa tambahan yang tinggal, pengurus Croatia, Zlatko Dalić, menggantikannya. Pemain itu sudah selesai. Dia terhenjut-henjut sepanjang jalan ke tepi padang.

BACA JUGA:(Piala Dunia) Peminat England Mengamuk Di Jalanan Selepas Kalah! 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply