Kejayaan pasukan Perancis mara ke perlawanan akhir Piala Dunia kali ini sudah dapat diramalkan sejak temasya belum bermula lagi. Ini kerana pasukan mereka dibarisi oleh pemain bintang dunia seperti Paul Pogba dan Antoine Griezmann. Perkara ini menimbulkan persoalan di minda penulis. Pasukan Perancis manakah yang lebih hebat ? Pasukan pada edisi 1998 atau edisi 2018 ?

Pasukan yang mewakili Perancis pada edisi 1998 dimana mereka muncul juara ketika itu dibarisi oleh ramai pemain bintang. Antara pemain bintang tersebut ialah Zinedine Zidane, Thierry Henry, Robert Pires, Lilian Thuram dan Fabien Barthez.

Zidane dan Henry menjadi watak utama di bahagian serangan Perancis manakala Thuram dan Barthez memastikan kubu pertahanan Perancis kekal kukuh dan tidak dibolosi. Setelah berjaya membantu Perancis menewaskan Brazil pada perlawanan akhir sekaligus merangkul trofi Jules Rimet, kebanyakkan pemain bintang Perancis ini berhijrah dengan menyertai pasukan ternama di Eropah.

Zidane menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €77.5 Juta dan beliau menjadi pemain termahal dunia ketika itu. Henry pula menyertai Arsenal manakala Thuram dan Barthez masing-masing menyertai Juventus dan Manchester United.

Bagi barisan pemain untuk edisi 2018 pula, pemain bintang seperti Antoine Griezmann, Paul Pogba, Rapahel Varane dan Hugo Lloris dipanggil bagi membawa cabaran pasukan.

Keempat-empat pemain ini memainkan peranan penting dalam perjalanan Perancis menuju ke peringkat akhir temasya Piala Dunia kali ini. Griezmann menjadi harapan utama di bahagian serangan sambil dibantu oleh Pogba manakala Varane dan Lloris memastikan pintu gol Perancis dapat dipertahankan.

Jika kita melihat kepada pemain bintang dalam dua edisi tersebut, edisi 1998 sememangnya menjadi pilihan ramai kerana adanya nama-nama besar yang berjaya mengubah landskap bola sepak. Akan tetapi, kemampuan pemain pada edisi 2018 tidak boleh dipandang rendah kerana mereka memiliki kualiti yan tersendiri.

Apa pendapat anda mengenai barisan pemain yang mewakili Perancis dalam dua temasya Piala Dunia iaitu pada edisi 1998 dan 2018 ? Pasukan manakah yang lebih dominan ?

Baca Juga: Tandukan Umtiti Leburkan Harapan Belgium

Leave a Reply