Sumber Gambar: Joel Goodman/LNP via Daily Mail

Ramai peminat England dilaporkan bergaduh sesama sendiri di jalanan berikutan kekalahan negara mereka kepada Croatia di perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada pagi Khamis.

Dalam tempoh 1 jam selepas wisel penamat ditiupkan, Perkhidmatan Ambulans West Midlands melaporkan jumlah panggilan 999 meroket naik hingga 240 panggilan, peningkatan 100 peratus berbanding pada jam sebelumnya.

Penolong Ketua Polis Nathan Hudson mengatakan di dalam tweet bahawa keadaan yang berlaku selepas kekalahan England itu amat “gila” sekali dan menyeru para peminat agar menjaga keselamatan diri dan tidak membuat malam yang mengecewakan itu lagi lagi teruk dengan melibatkan diri dalam pergaduhan.

Satu pergaduhan meletus di jalanan di luar pub “Cat and Fiddle” di Great Barr menurut Birmingham Live, dengan berpuluh-puluh peminat England menghayun tumbukan di antara satu sama lain.

Perkhidmatan Polis Metropolitan London juga dipanggil untuk menenangkan keadaan selepas The Sun melaporkan peminat England melompat ke atas kereta-kereta di jalan, dan satu pernyataan dikeluarkan bahawa apa-apa tindakan vandalisme seperti kerosakan kepada kenderaan akan disiasat.

Pusat Keganasan Rumah Tangga Kebangsaan England telah memberi amaran bahawa kekalahan England boleh mengakibatkan keganasan rumah tangga, dengan kajian yang mendapati ketika England kalah di Piala Dunia sebelum ini, laporan keganasan rumah tangga meningkat 38%.

BACA JUGA: (Piala Dunia) Pada Akhirnya, England Is Going Home!

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

 

Leave a Reply