Sumber Gambar: Reuters

Jurulatih pasukan England, Gareth Southgate, mengungkapkan penyebab kekalahan anak asuhannya kepada Croatia. Southgate mengaku hal itu disebabkan kegagalan pasukannya untuk menjaringkan gol kedua. The Three Lions gagal melangkah ke final Piala Dunia setelah tewas dengan keputusan 1-2 dari Croatia pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, pagi tadi. Walhal, England berjaya berada di depan dalam awal perlawanan tersebut.

Namun, Harry Kane dan kawan-kawan tidak mampu mencetak gol kedua setelah Kieran Trippier membolosi gawang Croatia melalui tendangan percuma ketika perlawanan baru berlangsung lima minit. Situasi ini dimanfaatkan Croatia yang menjaringkan gol penyamaan melalui Ivan Perisic pada minit ke-68 dan gol kemenangan yang dijaringkan Mario Mandzukic di masa tambahan.

“Ketika anda mendapatkan aksi dalam sebuah perlawanan menentang pasukan yang berkualiti, Anda perlu memanfaatkannya. Kami memerlukan gol kedua (dalam perlawanan menentang Croatia),” kata Southgate selepas tamat perlawanan.”Saya sangat bangga dengan cara pasukan bermain  dan kami melihatnya dari reaksi para penyokong, mereka merasakan perkara yang sama. Namun, sukar untuk mengatakan yang membuat mereka merasa lebih bagus ketika ini.”

Kegagalan melangkah ke final membuat pasukan England harus menunggu waktu lebih lama untuk merasakan kembali gelaran yang diraihnya pada tahun 1966 lalu. Kekalahan dari Croatia membuat pasukan England akan bertemu Belgium sekali lagi dalam perebutan tempat ketiga Piala Dunia 2018, pada 14 Julai ini. Buat pasukan England, kekalahan ini pastinya amat perit kerana mereka selangkah sahaja lagi untuk bermimpi menjulang piala. Namun, semuanya sudah terkubur, dan mereka sekali lagi akan berjumpa dengan Belgium. Jika tewas, maka England benar-benar telan kepahitan buat kedua kalinya.

Sumber: BBC, Bola.com

BACA JUGA:(Piala Dunia) Peminat England Mengamuk Di Jalanan Selepas Kalah! 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply