Sumber Gambar: Instagram

Sama seperti peminat bola sepak tegar, Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic, yang memakai jersi pasukan bercorakkan warna bendera kebangsaan, dilihat bersorak untuk para pemain di stadium semasa perlawanan suku akhir menentang Rusia minggu lepas. Cik Grabar-Kitarovic terbang dengan pesawat kelas ekonomi dengan peminat bola sepak Croatia, bahkan beliau menari tarian kemenangan dengan pemain-pemain selepas Croatia mengalahkan Rusia pada perlawanan suku akhir minggu lalu. Dia juga telah masuk mengejut ke dalam bilik loker Croatia dan mengucapkan tahniah dan memeluk pemain selepas perlawanan.

Setelah video dan gambar Presiden Croatia yang menyambut kemenangan pasukan itu muncul di rangkaian sosial, dia menjadi sensasi internet dan memenangi hati semua pencinta bola sepak kerana memberikan sokongan penuh semangat kepada pasukan bola sepak negaranya.

Saksikan video tarian kemenangannya bersama pasukan Croatia di bawah:

Zovi, samo zovi, svi će sokolovi,Za te život dati! 🇭🇷❤️⚽️🥇

Posted by Kolinda Grabar-Kitarović on Saturday, 7 July 2018

Saksikan video Presiden Croatia memeluk pemain-pemain di bawah:

VIDIMO SE U SOČIJU! 🇭🇷❤️🔥⚽️🏆

Posted by Kolinda Grabar-Kitarović on Sunday, 1 July 2018

Sebelum perlawanan separuh akhir menentang England, Presiden Croatia mencatatkan kata-kata semangat untuk pemain Croatia di akaun Facebooknya yang rasmi dan juga memuji mereka selepas mereka menewaskan England 2-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang Perancis pada 15 Julai.

Kolinda Grabar-Kitarovic telah dipilih sebagai Presiden Croatia yang keempat pada Januari 2015. Dia adalah wanita pertama yang pernah memegang jawatan presiden untuk negara Eropah timur itu.

Presiden yang berumur 50 tahun itu mampu bercakap dalam lapan bahasa termasuk Portugis dan Itali. Dia telah berkahwin dengan Jakov Kitarovic sejak tahun 1996 dan pasangan itu mempunyai dua orang anak.

BACA JUGA:(Piala Dunia) Opera Melodramatik Mario Mandzukic. 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply