Sumber Gambar: MFL

Felda United semakin hampir untuk kembali ke saingan Liga Super musim hadapan apabila mereka selesa menghuni tangga teratas Liga Perdana berbaki tiga lagi perlawanan selepas ini. Setelah “dibuang” dari tempat yang sepatutnya mereka berada, kini Felda dilihat sudah sedia untuk kembali.

Dominasi yang ditunjukkan oleh Felda musim ini sudah dijangka sejak awal musim lagi. Barisan pemain berkualiti yang dimiliki oleh Felda serta pengalaman yang dimiliki oleh ketua jurulatih, B.Sathiantahan menjadi faktor utama mengapa mereka sangat sukar untuk ditumbangkan setakat ini.

Sathia berjaya membentuk adunan sempurna diantara pemain tempatan dan juga pemain import. Adunan sempurna ini memberikan hasil positif buat Felda meskipun ada satu ketika Felda dilihat sedikit goyah dengan tewas mengejut di tangan MISC-Mifa.

Pencabar terdekat Felda dalam siangan Liga setakat ini ialah pasukan Felcra FC yang menduduki tangga kedua dengan kutipan 31 mata, 7 mata di belakang pasukan Felda diikuti dengan pasukan MISC-Mifa dengan kutipan 26 mata.

Penulis berpendapat Felda tidak akan berdepan masalah untuk mengutip mata penuh pada baki tiga perlawanan dan mereka akan ditabalkan sebagai juara Liga Perdana musim 2018 dan kembali ke peringkat dimana mereka sepatutnya bermain musim ini iaitu saingan Liga Super.

Apabila mereka berjaya mengesahkan tempat di peringkat Liga Super musim hadapan, Felda United boleh mengekalkan barisan pemain sedia ada kerana mereka ini masih lagi mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan Liga Super yang lain. Terutamanya Thiago Augusto dan Gilberto Fortunato.

Mungkin B.Sathianathan boleh membuat sedikit penambahan dengan mengambil seorang lagi pemain import dan beberapa pemain tempatan bagi memantapkan lagi kualiti pasukan bagi mengharungi cabaran musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai peluang Felda United untuk muncul sebagai juara Liga Perdana musim 2018 sekaligus kembali ke saingan Liga Super pada musim hadapan ? Mampukah mereka mencatat keputusan positif pada baki perlawanan Liga dan kembali menjadi pasukan pencabar dalam persaingan Liga Super musim hadapan ?

Baca Juga: Satu Lagi Kekalahan Untuk Ke Liga Perdana

Leave a Reply