Sumber Gambar: Sarawak FA

Felda United berjaya menemui ramalan apabila mereka muncul sebagai juara Liga Perdana 2018 setelah menewaskan pasukan Sarawak dengan keputusan 3-1 di Stadium Negeri semalam.

Felda bermula cemerlang pada perlawanan semalam apabila mereka membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Gilberto Fortunato pada minit ke-6. Lima minit sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan, Thiago Augusto Fernandez menjaringkan gol kedua pasukan. Mateo Roskam berjaya merapatkan kedudukan apabila berliau menjaringkan gol sebelu wisel dibunyikan.

Memasuki separuh masa kedua, Felda mengekalkan rentak dengan memberikan asakan yang bertali-arus ke kubu pertahanan Sarawak. Pada minit ke-67, Felda dianugerahkans epakan penalti dan Gilberto Fortunato tenang menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memberikan Felda tiga mata penuh.

Dengan kemenangan semalam, Felda kini berkelebihan 10 mata di hadapan pasukan Felcra FC dan jurang mata tersebut sudah cukup untuk memberikan kejuaraan Liga Perdana 2018 bagi Felda.

Kami berpendapat Felda merupakan pasukan yang layak untuk bergelar juara kerana perjalanan mereka dalam memenangi saingan musim ini merupakan perjalanan yang “lancar” tanpa ada sebarang gangguan.

Gangguan yang kami maksudkan ialah mereka tidak menukar jadual dan menunda perlawanan dengan sesuka hati dan memberikan sepenuh fokus dan perhatian mereka terhadap jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu, barisan pemain bintang yang dimiliki oleh Felda United bagi saingan musim ini turut menjadi faktor utama mengapa mereka begitu dominan musim ini. Adunan pemain tempatan yang berpengalaman serta pemain import yang berkualiti nyata memberikan hasil terbaik bagi Felda.

Dengan kembalinya Felda ke saingan Liga Super musim hadapan, maka persaingan untuk merebut mahkota kejuaraan pada musim hadapan akan semakin meriah. Kita sedia maklum sebelum Felda disingkirkan ke Liga Perdana, mereka merupakan pasukan pencabar kepada Johor Darul Ta’zim bagi memperebutkan trofi Liga Super.

Apa pendapat anda dengan kejayaan pasukan Felda United yang muncul juara Liga Perdana musim 2018 ? Mampukah mereka menjadi pasukan pencabar apabila beraksi di pentas Liga Super pada musim akan datang ?

Baca Juga: Felda United Is Coming Home!

Leave a Reply