Sumber Gambar: Stadium.my

Penganjur Sukan Asia 2018, Indonesia melalui Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) membuat kejutan apabila mereka mahu melakukan undian semula bagi acara bola sepak yang membabitkan 24 pasukan. Undian asal telah dilalakukan pada 5 Julai lalu.

Dengan undian semula ini, nasib pasukan bawah 23 tahun negara menjadi tanda tanya sama ada bertambah baik atau bertambah buruk kerana ketika ini situasi bola sepak kedua-dua negara tidak berada dalam keadaan yang baik setelah apa yang berlaku pada kejohanan AFF Bawah 19 Tahun tempoh hari.

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee nyata terkejut dengan perkara ini kerana beliau tidak mendapat sebarang maklumat daripada INAGSOC, AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) atau MOM (Majlis Olimpik Malaysia) mengenai undian semula yang akan diadakan.

Datuk Ong juga mahukan undian semula dijalankan secepat mungkin kerana beliau tidak mahu perkara tersebut menjejaskan persiapan pasukan skuad bawah 23 tahun Malaysia dan juga negara lain yang bertanding.

INAGSOC sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Undian semula dilakukan kerana dikhabarkan persatuan bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuat bantahan kerana pasukan mereka tercicir daripada undian awal disamping pasukan Palestin akibat masalah teknikal.

Selain itu, India yang sebelum ini tidak mahu menghantar pasukan ke temasya tersebut kini secara tiba-tiba mengubah fikiran mereka dan mahu menghantar pasukan.

Apa yang pasti, para pemain skuad bawah 23 tahun negara tidak menghiraukan perkara ini dan memberikan sepenuh perhatian ketika sesi latihan dan juga perlawanan persahabatan dimana Malaysia dijadualkan akan menentang China B23 5 Ogos dan Arab Saudi B23 pada 9 Ogos.

Apa pendapat anda mengenai undian semula bagi acara bola sepak yang diputuskan oleh penganjur Sukan Asia 2018, Indonesia ? Adakah undian semula ini bakal memberi kesan kepada persiapan skuad bawah 23 tahun negara ?

Dan satu lagi persoalan, wajarkah undian semula ini dilakukan berbaki sebulan saja lagi untuk menuju ke temasya tersebut ?

Baca Juga: Nik Akif Dan Hadi Fayyadh Wajar Diberikan Peluang

Leave a Reply