Sumber Gambar: NST

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dato Windsor Paul John mengesahkan bahawa undian semula acara bola sepak Sukan Asia 2018 akan dilakukan secepat yang mungkin. Pengajur Sukan Asia 2018, Indonesia menerusi INASGTOC sebelum ini undian semula bagi acara sukan bola sepa akan diadakan.

Menurut Dato Windsor, sehingga kini Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) belum memaklumkan kepada beliau sama ada undian semula itu akan membabitkan semua pasukan atau hanya dua tercicir pada undian awal iaitu pasukan Emiriah Arab Bersatu dan juga Palestin.

Keputusan tuan rumah untuk mengadakan undian semula nyata mengejutkan semua pihak termasuk ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee. Beliau melahirkan kerisauan dimana undian semula ini boleh menjejaskan segala perancangan yang telah disediakan oleh pasukan. Bukan hanya pauskan Malaysia, malah pasukan lain yang ikut serta dalam temasya kali ini.

Undian bagi sukan bola sepak Sukan Asia 2018 pada asalnya dilakukan di Jakarta pada 5 Julai lalu. Undian tersebut membabitkan 24 pasukan dalam enam kumpulan dengan menyaksikan Malaysia bakal bertemu juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Akan tetapi, undian semula terpaksa dilakukan kerana ada bantahan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak berpuas hati pasukan mereka tercicir daripada undian awal akibat daripada masalah teknikal. Selain UAE, Palestine turut tercicir pada undian pertama.

Malah, pasukan India yang sebelum ini tidak menghantar pasukan kini mengubah fikiran mereka dan mahu menghantar pasukan untuk menyertai temasya edisi kali ini.

Jelas Dato Windsor Paul John, AFC tidak boleh melakukan sebarang campur tangan dalam isu ini kerana semua keputusan tertakluk kepada OCA dan juga INASGOC.

Walau apa pun, undian semula ini nyata memberi kerisauan kepada semua pasukan yang bertanding kerana segala persiapan telah dilakukan dan Sukan Asia berjarak hanya sebulan lagi untuk membuka tirai. Apa yang penting, kita perlu menunggu sebarang pengumuman daripada OCA dan INAGSOC berhubung perkara ini.

Baca Juga: Penganjuur Sukan Asia 2018 Buat Hal!

Leave a Reply