Sumber Gambar: Terengganu FC

Saingan Liga Perdana musim 2018 akan menutup tirainya apabila semua perlawanan akan diadakan pada Jumaat ini. Juara sudahpun ditentukan apabila Felda United ditabal sebagai juara bagi saingan musim ini. Akan tetapi, ada satu perkara yang menarik perhatian. Feeder club bagi Terengganu fC, Terengganu FC II sedang terkapai-kapai di kedudukan tercorot ketika ini.

Prestasi TFC II dalam saingan Liga Perdana musim ini sememangnya mengecewakan apabila pasukan yang dibarisi oleh pemain bintang ini gagal untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain dan menduduki tangga tercorot dalam carta Liga.

TFC II hanya mampu mengutip empat kemenangan dan tewas sebanyak sepuluh kali. TFC II menjadi pasukan kedua paling sedikit menjaringkan gol di belakang pasukan Pulau Pinang dengan 21 jaringan dan menjadi pasukan kedua paling banyak dibolosi di belakang pasukan UiTM FC dengan melepaskan 34 gol setakat ini.

Meskipun membuat pertukaran dengan pemain import daripada pasukan abang mereka, prestasi TFC II masih lagi gagal untuk dipulihkan dan mereka terus bergelut di kelompok bawahan Liga Perdana.

Tujuan penubuhan TFC II juga menjadi persoalan. Sebagai feeder club, pasukan anda seharusnya mengketengahkan bakat-bakat muda dalam pasukan dan memberikan pemain muda ini minit bermain sebanyak yang mungkin agar mutu dan kualiti permainan pemain muda ini dapat dipertingkatan.

Akan tetapi, perkara sebaliknya yang berlaku. Terengganu FC II mengambil khidmat EMPAT pemain import bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2018. Pengambilan pemain import ini sekaligus menghadkan peluang pemain muda untuk tampil dan menunjukkan bakat yang mereka ada.

Meskipun telah jauh ketinggalan daripada pasukan lain dan hanya mampu untuk bersaing di peringkat bawahan, tiada usaha yang dilakukan oleh pengurusan pasukan bagi mengembalikan semula prestasi pasukan. Mereka masih lagi mengekalkan ketua jurulatih dan juga barisan pemain yang sama.

Sama ada Terengganu FC II bakal jatuh ke saingan Liga FAM pada musim hadapan atau tidak, perkara tersebut masih lagi belum diketahui. Namun, sebagai feeder club, anda telah gagal dan kegagalan pada musim ini adalah di atas kesilapan anda sendiri.

Kegagalan untuk menghasilkan pemain muda yang berkualiti seperti yang sepatutnya dan gagal untuk menyelesaikan isu prestasi pasukan yang tidak menentu.

Baca Juga: Penggabungan Satu Idea Yang Bijak ?

Leave a Reply