Sumber Gambar: Tribunnews.com

Undian semula bagi acara bola sepak Sukan Asia 2018 yang sebelum menjadi isu hangat dikalangan negara yang mengambil bahagian akhirnya menuju ke penghujungnya apabila undian semula tersebut akan diadakan pada petang ini bertempat di ibu pejabat AFC di Bukit Jalil.

Perkara ini disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan dua pasukan yang sebelum ini tercicir daripada undian pertama pada 5 Julai lalu iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestine akan dimasukkan.

Dengan penambahan UAE dan Palestine, maka jumlah pasukan yang bertanding akan bertambah menjadi 26 pasukan, dimana dua kumpulan akan mengandungi lima pasukan manakala empat kumpulan lagi akan mengandungi empat pasukan.

Undian semula ini nyata menerima pelbagai kritikan daripada negara yang bertanding kerana ianya dilakukan berbaki sebulan sebelum temasya membuka tirainya. Undian semula ini boleh menjejaskan persiapan rapi yang telah dilakukan oleh negara yang bertandng. Antara individu yang kecewa dengan perkara ini adalah ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee.

Sebelum ini, Malaysia diletakkan di kumpulah E bersama-sama juara bertahan iaitu Korea Selatan, Kyrgyzstan dan juga Bahrain. Dengan undian semula yang akan diadakan pada petang ini, berkemungkinan besar skuad bawah 23 tahun Malaysia akan berada dalam satu kumpulan yang berbeza selepas ini.

Apa pendapat anda mengenai undian semula bagi acara bola sepak Sukan Asia edisi 2018 yang akan diadakan pada hari ini ? Adakah skuad bawah 23 tahun negara akan kekal berada satu kumpulan bersama Korea Selatan, Kyrgyztan dan juga Bahrain ?

Atau kita akan berada dalam satu kumpulan yang lebih sukar selepas ini ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Penganjur Sukan Asia 2018 Buat Hal!

Leave a Reply