Sumber Gambar: Berita Harian

Pemain tengah skuad bawah 23 tahun negara, Daniel Amier Norhisham mengutarakan hasrat untuk mencuba nasib dengan beraksi di liga luar negara. Daniel baru sahaja membantu Felda United memenangi gelaran Liga Perdana bagi saingan musim 2018.

Pemain berusia 21 tahun ini memulakan aksi dalam saingan Liga Perdana musim 2018 sedikit lewat apabila beliau mengalami kecederaan setelah membantu skuad bawah 23 tahun melakar sejarah dengan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di China pada awal tahun ini.

Kami berpendapat destinasi yang sesuai bagi Daniel meningkatkan lagi mutu dan tahap permainan beliau ialah beraksi di saingan Thai League 1. Baru-baru ini, Thai League 1 menambah slot pemain ASEAN kepada tiga pemain dan ini merupakan peluang keemasan buat Daniel.

Kualiti dan juga persaingan yang sedikit lebih baik berbanding Liga Malaysia menjadikan Thai League satu pentas permulaan yang sesuai buat Daniel jika beliau mahu beraksi di liga luar negara.

Jika beliau berjaya meningkatkan kualiti dan juga tahap permainan beliau ketika beraksi di Thailand, barulah Daniel boleh berkira-kira untuk mencuba nasib sama ada di J League ataupun K League.

Apa yang penting, Daniel perlu sanggup untuk belajar bermula dari bawah serta menunjukkan kerja keras sewaktu sesi latihan bagi membolehkan beliau kekal lama beraksi di sesebuah liga luar negara. Selain itu, Daniel perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran negara tersebut.Jadikan kegagalan pemain-pemain sebelum ini sebagai pengajaran.

Walau apa pun, Daniel Amier perlu memberikan fokus terhadap tugasa Sukan Asia 2018 terlebih dahulu kerana beliau merupakan salah seorang pemain yang dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee.

Jika Daniel menunjukkan persembahan yang cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun di Sukan Asia nanti, maka peluang beliau untuk beraksi di luar negara semakin cerah.

Apa pendapat anda mengenai hasrat Daniel Amier Norhisham yang mahu beraksi di Liga luar negara ? Adakah Thai League 1 pentas yang sesuai buat Daniel untuk memulakan pengembaraan beliau ?

Baca Juga: Peluang Pemain Malaysia Beraksi Di Thailand!

Leave a Reply