Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima FC

Penyerang pasukan kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi menghadapi situasi yang sedikit sukar dimana beliau masih lagi belum menjaringkan buat pasukan Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1 musim ini. Satu sahaja pesan kami, jangan berputus asa wahai Eki!

Shahrel menyertai Nakhon Ratchasima FC secara pinjaman daripada PKNP FC dengan tempoh pinjaman selama 5 bulan. Meskipun masih lagi buntu untuk menjaringkan gol, perkara tersebut nampaknya tidak terlalu menggusarkan beliau.

Penyerang berusia 25 tahun ini mempunyai keyakinan di mana beliau telah memainkan peranan dalam dua kemenangan dan dua keputusan seri yang dicapai oleh Nakhon setakat ini.

Shahrel menyatakan bahawa beliau masih lagi dalam peringkat untuk menyesuaikan diri dengan pasukan serta corak permainan yang diterapkan di Liga Thailand dimana menurut Shahrel mereka mengamalkan corak permainan yang pantas.

Tambah Shahrel, beliau berasa gembira kerana pengurusan, jurulatih san rakan sepasukan memberikan sokongan kepada beliau dan perkara tersebut yang membuatkan Shahrel berasa selesa bersama Nakhon. Katanya kepada Berita Harian.

Sejak mengambil khidmat Shahrel Fikri, Nakhon Ratchasima belum merasai sebarang kekalahan dalam empat perlawanan. Dalam empat perlawanan tersebut, Nakhon Ratchasima mengalahkan Ratchaburi FC 2-1 dan Chainat Hornbill 1-0 serta seri 1-1 dengan pasukan yang diwakili Curran Ferns, Sukhothai dan pasukan Muangthong United 0-0 untuk meletakkan Nakhon di tangga ketujuh daripada 18 pasukan.

Apa yang penting, Shahrel perlu menunjukkan kerja keras serta sikap tidak berputus asa dalam memburu gol pertama beliau dalam saingan Thai League 1.

Jika beliau berjaya berbuat demikian, tidak mustahil Shahrel bakal menjaringkan gol pertama pada perlawanan seterusnya sekaligus meningkatkan lagi tahap keyakinan beliau pada perlawanan akan datang.

Apa pendapat anda mengenai kemarau jaringan Shahrel Fikri Fauzi bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC setakat ini? Mampukah bekas penyerang PKNP FC ini menjaringkan gol pertama dalam saingan Thai League 1 sekaligus membantu Nakhon memperbaiki kedudukan dalam carta Liga?

Baca Juga: Thai League 1 Destinasi Yang Sesuai Buat Danial Amier

Leave a Reply