Sumber Gambar: Vocket

Isu mengenai ‘Insta story’ pemain bawah 16 tahun negara, Amirul Ashrafiq, semakin panas apabila Setiausaha Kementerian Pemuda Dan Olahraga (KEMENPORA) Republik Indonesia, Gatot S Dewa Broto mahu menghalau keluar Amirul. Kami berpendapat ini adalah satu tindakan yang keterlaluan!

Seperti yang dilaporkan oleh Akurat.co Gatot menganggap isu itu sebagai satu perkara yang cukup serius kerana menterbalikkan bendera Indonesia itu adalah kesalahan yang ‘fatal’.

Beliau meminta pihak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melakukan protes kepada FAM mengenai isu penggunaan bendera terbalik ini.

Di sini, tindakan mahu menghalang Amirul daripada beraksi bersama pasukan negara pada temasya Piala AFF Bawah 16 Tahun adalah satu tindakan sangat keterlaluan dan juga melebihi batas.

Adakah Indonesia sudah lupa tentang apa yang berlaku ketika perlawanan separuh akhir antara Malaysia menentang Indonesia pada temasya Piala AFF Bawah 19 Tahun yang menyaksikan keselamatan para pemain terancam dengan balingan objek oleh penyokong tuan rumah?

Di atas insiden tersebut, FAM mahupun KBS tidak mengeluarkan kenyataan yang melebihi batas mahupun mengemukakan bantahan sebaliknya memutuskan untuk memaafkan mereka.

Amirul sendiri juga telah meminta maaf di atas kesilapan beliau dengan menggunakan bendera Poland berbanding bendera Indonesia dalam ‘insta story’ beliau. Permohonan Amirul juga telah disampaikan oleh FAM.

Dan satu perkara lagi, ancaman yang diberikan oleh Gatot S Dewa Broto kepada remaja yang baru berusia 16 tahun ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau hanyalah remaja yang membuat kesilapan. Adakah sepanjang zaman remaja, anda tidak pernah melakukan kesilapan?

Apa yang penting, keselamatan para pemain ketika berada di Indonesia perlu dipertingkatkan kerana isu ini boleh mengamcam keselamatan mereka. FAM dan juga pihak dari kerajaan perlu memainka peranan dan mereka tidak boleh memandang ringan perkara ini.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan Gatot S Dewa Broto yang mahu menghalau keluar Amirul Ashrafiq daripada memasuki Indonesia? Wajarkah mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan pemain itu sendiri sudah meminta maaf di atas kesilapan beliau?

Baca Juga: Penganjur Sukan Asia 2018 Buat Hal!

Leave a Reply