Sumber Gambar: Perak TBG

Pasukan Perak berjaya mempertahankan kedudukan di tangga kedua sekaligus bakal beraksi di peringkat Asia musim hadapan. Dengan kejayaan layak ke peringkat Asia ini, wajarkah ketua jurulatih Pera, Mehmet Durakovic dikekalkan bagi saingan musim hadapan ?

Meskipun berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua, namun peminat setia pasukan Perak kurang gemar dengan bekas ketua jurulatih pasukan Selangor ini. Menurut mereka, corak permainan yang iterapkan oleh Mehmet tidak cukup bagus untuk membawa pasukan Perak ke peringkat yang lebih tinggi.

Mehmet sememangnya cenderung untuk mengekalkan kesebelasan utama dan juga corak permainan yang sama untuk satu jangka masa panjang. Kita boleh lihat kesebelasan utama yang diturunkan oleh Mehmet dalam saingan Liga Super musim ini. Mehmet hanya melakukan perubahan kecil dan seringkali menurunkan muka yang sama dalam kesebelasna utama beliau.

Perkara ini turut terjadi ketika prestasi pasukan Perak tidak berada pada tahap yang baik. Tiada backup plan bagi mengembalikan semula prestasi pasukan membuatkan peminat sedikit kecewa dengan Mehmet. Bahkan, sesetengah peminat Perak mahukan Mehmet untuk digantikan ketika saingan Liga belum berakhir.

Walau apa pun, Mehmet juga wajar diberi pujian di atas usaha dan kerja keras beliau membawa pasukan Perak ke kedudukan seperti sekarang ini. Pada awal musim ini, tiada siapa yang menyangka Perak bakal mengisi kedudukan tempat kedua dan layak beraksi di peringkat Asia.

Kebanyakkan pakar bola sepak dalam negara meramalkan pasukan seperti Pahang, Kedah dan Terengganu FC yang akan mengisi posisi tersebut. Namun, Mehmet berjaya membimbing Perak mengharungi cabaran yang sengit dan mencatat keputusna yang cemerlang.

Kami berpendapat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) wajar untuk mengekalkan Mehmet Durakovic sebagai ketua jurulatih pasukan bagi saingan musim hadapan. Ini kerana para pemain dilihat sudah mula selesa dengan corak permainan yang diterapkan oleh beliau.

Apa pendapat anda mengenai masa depan Mehmet bersama pasukan Perak ? Wajarkah Mehmet Durakovic dikekalkan bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia dan perlawanan peringkat kelayakkan Asia Champions League musim hadapan ?

Baca Juga: Banyak Yang Perlu Diperbaiki Oleh Pasukan Perak

Leave a Reply