Sumber Gambar: Football Tribe

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani kecewa apabila empat individu penting dalam persatuan telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Naib presiden persatuan, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim bertindak meletak jawatan mereka dan perkara ini nyata mengundang rasa tidak senang Bibi Ramjani. Menurut Bibi, dua individu ini tidak seharusnya berbuat demikian kerana KAFA ketika ini sedang menghadapi kesusahan.

Menurut Bibi, mereka pada mulanya bersusah payah untuk mendapatkan jawatan dalam KAFA. Akan tetapi, apabila persatuan mengalami masalah dan prestasi pasukan pula yang tidak berapa baik, individu ini kemudiannay meletak jawatan. Hal itu yang membuatkan Bibi Ramjani kecewa.

Tambah Bibi lagi, keputusan berkenaan isu ini belum dibuat walaupun beliau sudah menerima surat perletakan jawatan mereka dan keputusan rasmi akan dibuat melalui mesyuarat Exco dalam masa terdekat.

Menurut Berita Harian, peletakkan jawatan empat individu ini berlaku apabila tiada kesefahaman dan kata sepakat dalam menguruskan pasukan.

Bibi mengakui untuk menguruskan serta memajukan sesebuah persatuan bola sepak bukanlah satu tugas yang mudah dan memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Oleh itu, Bibi yang terkenal dengan panggilan Madam Football ini menjadikan para pemain dan juga penyokong setia The Red Warriors sebagai sumber kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan juga masalah.

Di sini, kami berpendapat empat individu ini tidak sepatutnya meninggalkan pasukan ketika Kelantan memerlukan kerjasama semua pihak untuk kembali bangkit.

Apa yang boleh dilakukan oleh mereka ialah berdiri teguh di belakang Bibi Ramjani dan memikirkan jalan keluar daripada segala permasalahan yang dihadapi dan juga cara untuk pasukan Kelantan bangkit dalam saingan Piala Malaysia edisi musim ini dan juga Liga Perdana musim hadapan.

Kini, KAFA hanya mempunyai seorang sahaja Naib Presiden ketika ini, Nik Pakheruddin Nik Abd. Kadir yang mengambil keputusna untuk kekal bersama KAFA.

Apa pendapat anda mengenai peletakkan jawatan empat individu penting dalam KAFA ? Wajarkah mereka bertindak sedemikian ketika pasukan berada dalam krisi dan juga dilanda pelbagai kontroversi ?

Baca Juga: Peluang Semua Pasukan Seimbang

Leave a Reply