Liga Super musim 2018 sememangnya menghadirkan kejutan dan juga drama yang tersendiri buat para peminat tegar bola sepak tempatan. Kejutan yang dimaksudkan turut terjadi dalam senarai penjaring terbanyak Liga apabila ada pemain senior yang menjadi penjaring terbanyak pemain tempatan. Otai ternyata masih berbisa!

Pemain senior yang dimaksudkan ialah ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin dan ketua pasukan PKNS FC, Safee Sali. Indra berjaya menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga musim ini manakala Safee pula berjaya menjaringkan 5 gol.

Pencapaian oleh dua pemain otai ternyata mengejutkan ramai pihak kerana pada awal musim ini, kedua-dua pemain dianggap sebagai pelengkap dalam pasukan masing-masing. Apatah lagi pencapaian Indra dan Safee pada musim sebelumnya tidak begitu memberangsangkan.

Selain itu, catatan gol Indra dan Safee mengatasi beberapa penyerang tempatan yang dianggap antara calon terbaik untuk menjadi penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan seperti Hazwan Bakri, Darren Lok dan Syafiq Ahmad.

Secara keseluruhannya, ada tujuh pemain tempatan yang menjaringkan gol lebih daripada 5 pada saingan Liga Super musim ini. Tiga pemain yang berjaya menjaringkan 5 gol ialah Syahmi Safari, Nor Hakim Hassan, Shahrel Fikri Fauzi dan juga Safee Sali.

Manakala pemain yang berjaya menjaringkan enam gol ialah pemain sayap JDT, Safawi Rasid, penyerang Kelantan, Shafiq Shaharudin dan Indra Putra Mahayuddin.

Apa yang pasti, pemain tempatan yang lain terutamanya pemain muda harus menjadikan pencapaian Indra dan Safee sebagai pembakar semangat bagi mengharungi saingan musim hadapan. Jika pemain yang sudah menjangkau usia 34 dan 36 tahun masih lagi mampu untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga, mengapa pemain yang lebih muda tidak boleh berbuat dimikian ?

Apa pendapat anda mengenai pencapaian dua pemain senior iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Safee Sali dalam saingan Liga Super musim ini ? Mampukah penyerang tempatan yang lain untuk mengikuti jejak dua pemain otai ini pada saingan Liga Super musim hadapan ?

Baca Juga: Team Of The Season Liga Super 2018 Versi Inikan Bola

Leave a Reply