Sumber Gambar: Real Merah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan meletakkan kepercayaan terhadap Setiausaha Agung dari kalangan kaum wanita apabila beliau melantik Farah Anida Mansor sebagai Setiausaha Agung yang baru.

Farah Anida menggantikan penyandang jawatan sebelumnya, Husin Deraman yang meletak jawatan semalam. Difahamkan Hussin meletak jawatan atas alasan kekangan masa dan tertekan kerana tidak mampu lagi untuk memegang jawatan itu.

Keputusan yang diambil oleh Husin ini membuatkan beliau mengikuti jejak langkah dua bekas naib presiden dan bendaharinya yang terlebih dahulu melepaskan jawatan.

Bibi Ramjani telah menerima surat peletakan jawatan Husin Deraman dan beliau akur dengan keputusan yang diambil oleh Husin. Bibi juga mengucapkan terima kasih di atas jasa beliau dan mahu untuk memberikan laluan kepada indivisu yang boleh memberikan sepenuh perhatian serta senang bekerja dengan Bibi.

Menurut Bibi, beliau melantik Farah Anida kerana yakin dengan pembantu peribadi beliau yang dikhabarkan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Bradley, Illinois, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bibi berkata Farah Anida merupakan seorang yang mempunyai komitmen tinggi dalam melakukan sesuatu tugas beliau meletakkan kepercayaan beliau di bahu individu yang beliau kenal sewaktu Farah dia masih menuntut di Amerika Syarikat.

Kami berpendapat satu tugas besar menanti Farah kerana beliau perlu membantu Bibi Ramjani dalam mengembalikan semula prestasi pasukan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia edisi musim ini setelah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Jadikan perjalanan Bibi sepanjang bergelar presiden KAFA sebagai rujukan kerana bukan mudah untuk menguruskan sesebuah persatuan bola sepak. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Farah Anida.

Apa pendapat anda mengenai pelantikan Farah Anida Mansor sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baharu bagi menggantikan Husin Deraman yang meletak jawatan semalam? Mampukah beliau menjalankan tugas dengan baik sekaligus membantu Kelantan bangkit dalam saingan Piala Malaysia edisi 2018?

Baca Juga: Sikap Bibi Ramjani Menjadi Punca Pergolakan Dalam KAFA

Leave a Reply