Datuk Ong Kim Swee meletakkan sepenuh kepercayaan beliau di bahu penyerang muda bagi membawa cabaran pasukan bawah 23 tahun negara dalam temasya Sukan Asia 2018. Kami berpendapat, Datuk Ong mengambil keputusan yang tepat.

Dalam skuad bagi menghadapi Sukan Asia kali ini, Datuk Ong membawa 5 penyerang iaitu Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, R. Kogileswaran dan N. Thanabalan. Kelima-lima penyerang ini berusia bawah 23 tahun dan Datuk Ong sedar akan ada pihak yang mahu mempertikaikan keputusan beliau.

Menurut Datuk Ong, beliau selesa dengan penyerang sedia ada kerana mereka mampu menampilkan persembahan yang baik. OKS mengimbau kembali ketika temasya AFC Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini dimana Akhyar dan Safawi beraksi dengan baik dan memuji kemampuan Syafiq Ahmad yang menjaringkan gol bersama skuad senior ketika menewaskan Fiji.

Mengapa kami katakan keputusan Datuk Ong ini adalah satu keputusan yang tepat kerana Sukan Asia merupakan pentas terbaik bagi penyerang muda negara membuktikan kemampuan serta kesediaan mereka memikul tanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan kebangsaan.

Tambahan pula, beraksi di Indonesia dengan ribuan penonton tuan rumah yang akan membanjiri stadium ketika anak-anak buah Datuk Ong beraksi serta menentang antara pasukan terbaik di rantau Asia menjadi satu cabaran yang tersendiri bagi penyerang muda negara.

Seperkara lagi, sudah tiba masanya penyerang muda ini diberi pendedahan bagi memastikan mereka bersedia untuk diturunan dalam skuad senior negara. Ini kerana penyerang senior yang sedia ada ketika ini seolah-olah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab. Jadi, pemain baru perlu mengambil alih peranan mereka.

Apa yang pasti, Safawai dan rakan-rakan perlu memberikan sepenuh tumpuan bagi menampilkan aksi terbaik mereka bersama skuad bawah 23 tahun negara. Jangan ambil peduli dengan isu di luar padang seperti reaksi penyokong tuan rumah dan juga pemain yang tidak mendapat pelepasan. Keluar, tampilkan bola sepak terbaik anda, dan menang.

Apa pendapat anda mengenai keputusan Datuk Ong Kim Swee untuk membawa penyerang muda bagi membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Asia 2018 ? Adakah ianya satu keputusan yang tepat ?

Baca Juga: Peluang Skuad Bawah 23 Tahun Negara Semakin Sukar

One Comments

Leave a Reply