Pelbagai isu yang menjadi bahan perbincangan peminat bola sepak tanah air setelah Liga Super musim 2018 menutup tirainya pada minggu lalu. Di sini, kami mahu menyenaraikan kepada anda pemain import Asean yang menunjukkan aksi yang cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.

1. Harris Harun

Sumber Gambar: JST

Harris menunjukkan persembahan yang baik dengan membantu Johor Darul Ta’zim mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini. Kecemerlangan Harris membuatkan beliau diangkat sebagai ketua pasukan yang baru menggantikan Safiq Rahim yang “cedera”.

2. Safuwan Baharuddin

Sumber Gambar: Pahang FA

Safuwan Baharuddin mencipta gandingan yang mantap bersama Nor Azam Azih di bahagian tengah pasukan Pahang musim ini. Boleh dikatakan kecemerlangan beliau menjadi salah satu faktor mengapa Pahang berjaya memenangi satu trofi iaitu Piala FA 2018.

Sepanjang saingan Liga musim ini, Safuwan memberikan perlindungan yang baik kepada barisan pertahanan Pahang.

3. Faris Ramli

Sumber Gambar: PKNS FC

Pemain Singapura sememangnya mempunyai musim yang baik dalam saingan Liga Super musim ini. Tidak terkecuali pemain sayap PKNS FC, Faris Ramli. Faris berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Liga musim ini dan menjadi antara pemain utama di bahagian serangan PKNS musim ini.

Larian serta gelecekkan lincah Faris berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan pasukan lawan.

5. Thierry Chanta Bin

Sumber Gambar: Terengganu FC

Pemain tengah dari Kemboja ini menjadi pemain penting di bahagian tengah pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim ini. Chanta Bin membentuk satu gandingan yang mantap bersama Lee Tuck dan sama seperti Harris dan Safuwan, beliau berjaya memberikan perlindungan yang baik kepada barisan pertahanan Terengganu.

Itulah dia empat pemain import Asean yang berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini. Hasil daripada penggunaan pemain import Asean ini nampaknya masih lagi kurang memuaskan.

Kami berpendapat pasukan Liga Malaysia perlu berhati-hati dalam memilih pemain Asean pada saingan Liga musim hadapan. Ini bagi memastikan pemain yang diambil mampu untuk menampilkan persembahan terbaik mereka.

Apa pendapat anda mengenai empat pemain Asean yang kami pilih sebagai pemain yang menampilkan persembahan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini ? Adakah mereka layak ?

Baca Juga: Kriteria Yang Ditetapkan Tidak Membantu!

Leave a Reply