Sumber Gambar: Team N9FC

Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan, Negeri Sembilan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai edisi pertama kejohanan Challenge Cup yang akan bermula pada 8 Ogos ini.

Negeri Sembilan harus menerima kenyataan pahit apabila mereka akan terlepas saingan Piala Malaysia edisi kali ini setelah tewas kepada pasukan Melaka United pada perlawanan terakhir Liga. Slot ke Piala Malaysia diperoleh Kelantan setelah pasukan bimbingan buah Yusri Che Lah itu menewaskan Pahang.

Dalam saingan Challenge Cup edisi pertama ini, Negeri Sembilan diundi dalam kumpulan A disamping pasukan Sarawak, UKM FC dan Terengganu FC II. Jika kita melihat kepada status Negeri Sembilan, mereka menjadi pasukan pilihan kerana beraksi dalam kancah tertinggi dalam kalendar bola sepak Malaysia iaitu dalam saingan Liga Super.

Akan tetapi, anak-anak buah Mario Lemos tidak boleh memandang rendah cabaran daripada pasukan Johor Darul Ta’zim II dan juga Sarawak. Ini kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan dan juga kelebihan yang tersendiri.

Johor Darul Ta’zim II dibarisi oleh pemain bintang yang kebanyakkannya pernah beraksi bersama skuad kebangsaan antaranya Shakir Shaari, Rozaimi Abdul Rahman dan penyerang pasukan bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Manakala pasukan Sarawak pula mereka mempunyai Bobby Gonzales dan Mateo Roskam yang beraksi dengan sangat baik dalam saingan Liga Perdana dimana Bobby berjaya menjaringkan 15 gol manakala Roskam berjaya menjaringkan 9 gol.

Apa yang pasti, menarik untuk kita saksikan saingan Challenge Cup edisi yang pertama ini. Meskipun dipandang sebagai saingan yang diisi oleh pasukan yang tidak cukup bagus, namun perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan oleh pasukan yang mengambil bahagian untuk tidak menampilkan aksi terbaik mereka.

Apa pendapat anda mengenai peluang Negeri Sembilan dalam saingan Challenge Cup edisi pertama ini ? Mampukah mereka menempah sejarah dengan muncul sebagai juara pertama Challenge Cup ? Atau pasukan lain akan memberikan cabaran yang sengit sekaligus muncul sebagai juara pertama ?

Baca Juga: 8 Pasukan Meriahkan Challenge Cup Edisi Pertama

Leave a Reply