Sumber Gambar: NSTP

Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) mahu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyatakan sebab mengapa Mohamadou Sumareh tidak perlu menunggu 5 tahun untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Ketua pegawai eksekutif MFL, Kevin Ramalinggam berkata demikian setelah sebelum ini, beliau menjelaskan kriteria dan juga peraturan MFL bahawa pemain yang bukan berdarah campuran perlu memegang kerakyatannya untuk tempoh lima tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam pasukan masing-masing.

Tambah Kevin, MFL telah menjawab mengenai permohonan PBNP mengenai status Sumareh. Mereka boleh kemukakan sesuatu yang boleh menyokong kenapa Sumareh tidak perlu tunggu hingga lima tahun dan MFL tidak pernah melarang sesiapa untuk membuat rayuan.

Namun, Kevin menjelaskan MFL belum menerima apa-apa rayuan daripada Pahang dan perkara ini nyata mengelirukan peminat kerana Pahang sendiri menyatakan mereka sudah mengemukakan rayuan kepada FAM dan MFL bagi membolehkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Menurut Kevin, dokumen yang dihantar PBNP sebelum ini hanya permohonan untuk Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan dan bukannya rayuan.

“Permohonan awal Pahang sebelum ini sudah ditolak berdasarkan peraturan sedia. Jadi kalau nak kata semasa Sumareh dapat kad pengenalan dulu sudah buat rayuan, mana ada, itu hanya permohonan,”

“Setahu saya, selepas keputusan penolakan permohonan itu, tiada apa-apa rayuan daripada Pahang dan rayuan perlu dibuat berdasarkan keputusan permohonan sebelum ini.” Kata Kevin kepada Berita Harian.

Walau apa pun, PBNP dan MFL perlu segera membuat keputusan berkenaan perkara ini agar ianya dapat tidak mengelirukan para peminat dan juga pasukan kebangsaan sendiri.

Peminat mahukan Sumareh untuk menjadi pemain naturalisasi kerana pengalaman dan juga kebolehan yang dimiliki oleh Sumareh sudah terbukti.

Baca Juga: Kriteria Yang Ditetapkan Tidak Membantu!

Leave a Reply