Sumber Gambar: Sinar Harian

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menjelaskan sebab utama mereka melantik pengurus pasukan yang baharu, Datuk Adli Shah Ahmad Tah bagi menggantikan Ahmad Shahrul Azhar adalah kerana Shahrul enggan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh PAFA.

PAFA mahukan Ahmad Shahrul untuk berada bersama-sama pemain dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super. Akan tetapi, pada perlawanan terakhir Liga menentang PKNS FC, Shahrul malah berada bersama-sama penonton dan perkara ini telah membuatkan PAFA berasa tidak puas hati dan mahu membuat sedikit perubahan.

Menurut presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain, keputusan melantik pengurus baharu bagi menggantikan Ahmad Shahrul yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebenarnya dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak negeri itu.

Menurut laporan Sinar Harian, Hasnul menyatakan pertukaran yang dilakukan adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan khususnya bola sepak.

Perkara berkenaan adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan khususnya apabila pucuk pimpinan bertukar.

“Kita perlu ada satu team yang boleh bekerjasama dengan erat bersama presiden, timbalan presiden, staf sokongan termasuklah setiausaha. Ini adalah perkara biasa dan janganlah berterusan dipolitikkan,” katanya.

“Sekali lagi saya tegaskan, tak ada pengaruh politik,” kata beliau.

Pertukaran yang dilakukan oleh PAFA ini sememangnya mengundang rasa tidak puas hati para peminat terhadap pengurusan baharu pasukan Perak. Peminat beranggapan keputusan ini merugikan pasukan dan juga tidak menghormati Ahmad Shahrul sebagai legenda pasukan.

Tambah peminat setia pasukan Perak, lebih baik PAFA menggantikan ketua jurulatih pasukan, Mehmet Durakovic dengan ketua jurulatih lain berbanding menggantikan Ahmad Shahrul.

Apa pendapat anda mengenai PAFA yang menyatakan Ahmad Shahrul Azhar tidak mematuhi arahan sebagai sebab utama mereka menggantikan beliau dengan individu lain? Adakah anda bersetuju dengan kenyataan PAFA?

Baca Juga: Ahmad Shahrul Azhar “Dibuang” Dari KAFA

Leave a Reply